Ada ura-ura mengatakan bahawa game Assassin’s Creed seterusnya akan berada di Rome, Itali. Kecoh baru-baru ini dekat website 4chan (yang juga membocorkan bahawa Watch Dogs 3 akan release tahun ini bertempat di London) mengatakan yang Assassin’s Creed terbaru itu dinamakan Legion dan game tersebut direka atas adaptasi pemerintahan akhir zaman Marcus Aurelius semasa perjuangan anaknya, Commodus. Ia berlaku pada tahun ke-lima emperor yang bermaksud, ia berlaku sekitar 193 tahun sebelum masihi (193 AD).
Menurut khabar angin lagi, game tersebut akan menampilkan dua watak protagonis iaitu, Cassius atau Lucia di mana kedua-dua watak tersebut berasal dari game sebelumnya iaitu Origins dan Odyssey. Peta untuk game ini pula akan difokuskan dekat mainland Itali namun terdapat juga sedikit kawasan Gaul dan Germania. Game ini masih lagi dalam pembikinan oleh Ubisoft Sofia dan dijangka akan datang pada tahun 2020 untuk next-gen consoles.
Nah, ini adalah screenshot yang agak blurry tentang *leak* informasi tentang game Legion ni. Dekat bahagian belakang, bentuk seni binanya seakan-akan Odyssey, mungkin ianya betul atau fake saja!
Sebenarnya, series game Assassin’s Creed ni dah lama ada sejarah tentang videonya disebarkan sama ada rumors ataupun tidak sengaja sebagai satu bentuk pemasaran oleh Ubisoft. Walaupun hanya rumor, kita sebagai pembaca jangan terus percaya begitu sahaja. Selagi tiada informasi yang official dari penerbit itu sendiri, rumor tersebut masih belum dibuktikan kesahihannya!
Sumber: The Codex
@gamersantaimy
Discussion about this post