Sekarang ni memang tengah hot laa dengan laptop generasi terkini yang dilengkapi pemproses serta grafik padu terbaru 10th Gen Processor dan RTX2080 Super yang termasuk dalam laptop yang tiptop dari MSI ini! Kali ini, secara keseluruhannya, kami ingin memperkenalkan MSI GS66 Stealth terbaru yang menggoda mata dengan spesifikasi hebat serta warna hitam menajamnya! Bukan itu sahaja, pada anda yang ingin mencari laptop pulak pada masa PKP ini, sememangnya ini sebuah laptop yang patut menjadi pilihan anda!
GS66 Stealth ini adalah sebuah laptop yang sangat padu kerana seperti diatas, ianya dilengkapi pemproses 10th Gen. Intel® Core™ i9 dan ditemani grafik NVIDIA® GeForce RTX 2080 SUPER™ terbaru. Selain kedua tersebut, ianya juga ditemani Cooler Boost Trinity bersama bilah nipis 0.1mm untuk memaximumkan pengudaraan. Juga dengan kapasiti bateri sehingga 99.9Whr beserta kelajuan refresh rate paparan 300Hz untuk memastikan produktiviti dan permainan lancar yang tidak dapat dihentikan.
Design low-profile tetapi nampak berkelas tinggi!
Bukan itu sahaja menjadi perhatian pada GS66 Stealth ini! Keseluruhan case nya yang turut akan membuat anda tergoda! Dikelilingi dengan warna hitam matte bersama desain low-profile, GS66 Stealth nyata tampak menarik dan berkelas tinggi walaupun nampak simple! Ianya juga senipis ultra hanya 19.8mm dan sangat ringan hanyalah 2.1 kg. Touchpad glass yang lembut dengan kawasan permukaan 35% dan multi touch gesture turut tersedia pada pengguna! GS66 Stealth bukan sahaja laptop gaming mudah alih yang hebat tetapi juga alat penting yang memberikan keyakinan yang tidak jelas dalam dunia permainan dan profesional.
Pendedahan Kekuatan Pemproses 10th Gen Intel® Core i9!
Seperti yang dinyatakan diatas, MSI GS66 Stealth terbaru ini dilengkapi dengan Pemproses 10th Gen Intel® Core i9 baru yang sememangnya bersedia untuk memberi anda kerja multitask dan gaming yang padu bila-bila masa! Frekuensi teras tunggal yang lebih tinggi menyediakan sehingga 5.3 Ghz, menikmati pengalaman permainan terbaik. Generasi baru membawa prestasi yang belum pernah terjadi sebelumnya, kini saatnya untuk mengungkapkan kekuatan permainan sebenar anda.
Grafik padu Nvidia GeForce® RTX SUPER™ juga bersedia!
Grafik Nvidia terbaru GeForce® RTX SUPER™ Series dengan mempunyai lebih banyak teras dan clock yang lebih tinggi untuk prestasi pantas SUPER berbanding dengan GPU generasi sebelumnya kini tersedia dalam GS66 Stealth. Pada gamers sejati, anda dah boleh bersedia dengan dame anda untuk nampak realiti dengan ray tracing yang Super Laju! Semua ini akan memberi ketepatan secara fizikal temasuk bayang, refleksi dan cahaya! Gunakan Tensor Cores untuk pemprosesan AI yang hebat. Memori yang maju, peningkatan prestasi, dan teknologi pemprosesan menjadikan GPU ini sebagai senjata sempurna untuk gamers hardcore.
Bukan itu je, Audio padu pun dah sedia nak beri bunyi yang pegh!!
Alami sendiri kehebatan bunyi dan pengalaman pada audio yang padu dengan Duo Wave Speaker terbaru MSI dengan sistem bunyi Dynaudio! Teknologi radiator pasif menghasilkan bass yang kuat dan bunyi yang bersih serta reka bentuk penembakan depan memberikan bunyi yang lebih tajam dan lebih tepat. Jadi memang ianya dah sedia untuk anda menonton video dan bermain game tanpa headphone!
Sistem penyejukan dan Bateri tersedia untuk jangka masa panjang!
Anda tidak perlu risau dengan kehabisan bateri yang cepat kerana MSI GS66 Stealth dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar sehingga 99.9Whr yang membenarkan anda menggunakan laptop ini dengan lebih lama! Selain itu, anda tidak perlu risau jika laptop anda terasa panas selepas menggunakan selama berejam-jam, kerana Cooler Boost Trinity+ terbaru meningkatkan aliran udara 3 kipas dan 7 paip haba tembaga memberikan pengalaman permainan terbaik.
Juga tidak terlupa pada IR Camera!
Pastikan laptop anda sentiasa dalam keadaan selamat walaupun apa jua berlaku dengan login secara selamat melalui Face Unlock! Log masuk dengan cepat bersama bantuan Windows Hello bersama IR (infrared) Camera dimana anda boleh membuka laptop anda hanya sekali pandang walaupun didalam bilik yang gelap!
Dan selebihnya termasuk kehebatan paparan!
Jadi apa lagi yang tidak cukup pada laptop MSI GS66 Stealth ini? Pada pemain yang gemarkan keyboard RGB, jangan risau ianya tersedia untuk anda dan RGBnya Per-key serta SteelSeries Engine 3 bersamanya! Dan yang terakhir, menariknya laptop ini adalah paparannya adalah 240HZ IPS-level HD sebesar 15.6″(1920×1080), bersama Thin Bezels 4.9mm dan Screen Ratio 84%! Teknologi True Color 2.0 dah tersedia untuk warna yang lebih menarik! Jadi, tak cukup lagi untuk prestasi gaming on-the-go anda?
Port yang mencukupi, tidak perlu risau lagi!
Setiap laptop perlukan port untuk kegunaan harian, sama juga seperti GS66 Stealth dimana slot SSD, slot USB, slot Audio Jack, Ethernet serta power port turut tersedia!
SPESIFIKASI MSI GS66 STEALTH |
|
Model Name | GS66 Stealth 10SGS / GS66 Stealth 10SFS / GS66 Stealth 10SF / GS66 Stealth 10SE |
Processor | Up to latest 10th Gen. Intel® CoreTM i9 processor |
Operating System | Windows 10 Home; Windows 10 Pro |
Chipset | Intel® HM470 |
Memory | DDR4-2666, 2 slots, up to 32GB |
Display | 15.6″ Full HD (1920×1080), 240 Hz Refresh Rate, IPS-Level panel (Optional) |
Graphics | Latest GeForce® RTX 2080 SUPER Max-Q 8GB GDDR6 (10SGS) Latest GeForce® RTX 2070 SUPER Max-Q 8GB GDDR6 (10SFS) Latest GeForce® RTX 2070 Max-Q 8GB GDDR6 (10SF) Latest GeForce® RTX 2060 6GB GDDR6 (10SE) |
Storage Slots | 1 x NVMe M.2 SSD by PCIe Gen3 / SATA-SSD Combo Slot + 1 x NVMe M.2 SSD by PCIe Gen3 Slot |
Keyboard | Per-Key RGB gaming keyboard by SteelSeries |
Audio | The Duo Wave speaker design by Dynaudio system(2x 2W speakers) Nahimic 3 Audio Enhancer High-Resolution Audio ready |
USB Port | 1x Thunderbolt 3 Type-C (PD charging) / 1x USB 3.2 Gen2 Type-C / 3x USB 3.2 Gen1 Type-A |
Card Reader | – |
Video Output | 1x Thunderbolt 3 Type-C / HDMI (4K@ 60Hz) |
ESS SABRE HiFi | Supports 24bit/192kHz sampling rate, up to 122dB DNR unmatched by PC, Mac or mobile devices DAC |
Mic-in/Headphone out | 1 x Audio combo |
LAN/Wi-Fi | Killer E3100 Gigabit Ethernet + Killer Wi-Fi 6 AX1650 (for 10SGS / 10SFS/ 10SF) Killer E3100 Gigabit Ethernet + Intel® Wi-Fi 6 AX201 (for 10SE ) |
Bluetooth | Bluetooth v5 |
Webcam | HD type (30fps@720p) |
Battery | 4-Cell, 99.9Whr |
Power Adapter | Slim Type, 230W (for 10SGS / 10SFS / 10SF) Slim Type, 180W (for 10SE / 10SE) |
Dimension | 358.3 (W) x 248 (D) x 19.8 (H) mm |
Weight | 2.1Kg |
Jadi apa lagi anda nantikan? Laptop gaming yang padu ini kini menanti anda di gedung dalam talian MSI dan juga kedai jualan rasmi dan dijual pada harga RM8,399.00.
@gamersantaimy
Discussion about this post