Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer Season 3 Akan Tayang Pada April 2023! Trailer Baru Telah Didedahkan!

Maira by Maira
December 13, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Demon Slayer Season 3 Akan Tayang Pada April 2023! Trailer Baru Telah Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tayangan Demon Slayer Season 2 pada Februari yang lalu, pasti ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat sambungannya. Lebih-lebih lagi selepas “Mist Hashira” Muichiro Tokito dan “Love Hashira” Mitsuri Kanroji diacah selepas tayangan episod akhir. Nampaknya ufotable telah mengumumkan tarikh tayangan untuk Demon Slayer Season 3! Bukan setakat itu sahaja, teaser trailer juga telah didedahkan!

Musim terbaru Demon Slayer yang akan mengadaptasi “Swordsmith Village Arc” akan ditayangkan pada April 2023. Episod pertamanya akan bersiaran selama satu jam. Kena sediakan popcorn untuk tontonnya nanti.

Semua pelakon suara untuk Tanjiro, Nezuko, Zenitsu dan Inosuke akan kembali membawa watak masing-masing. Pelakon suara untuk Douma juga telah didedahkan dahulu. Berikut adalah senarai pelakon suara yang akan beraksi dalam musim terbaru ini:

  • Tanjiro Kamado: Hanae Natsuki
  • Nezuko Kamado: Kitou Akari
  • Zenitsu Agatsuma: Shimono Hiro
  • Inosuke Hashibira: Matsuoka Yoshitsugu
  • Mitsuri Kanroji: Kana Hanazawa
  • Muichiro Tokito: Kengo Kawanishi
  • Douma: Mamoru Miyano
Demon Slayer Season 3

Demon Slayer Season 3 akan menampilkan Tanjiro yang mengembara ke Swordsmith Village untuk membaiki pedangnya. Apabila tiba, dia dibawa terus ke ketua kampung, Tecchin Tecchikawahara , yang kemudian membawa Tanjiro ke kolam air panas untuk bantu menyembuhkan tubuhnya. Di kolam air panas ini, Tanjiro bertemu dengan Love Hashira, Mitsuri Kanroji dan seorang lagi rakan bernama Genya Shinazugawa. Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan Mist Hashira, Muichiro Tokito.

Demon Slayer Season 3

Ancaman yang bakal dihadapi pun menjadi lebih bahaya kerana ‘Demon Upper Rank Four dan Five’ daripada ‘Twelve Kizuki’ akan melancarkan serangan ke atas kampung tersebut. Arc ini juga menceritakan lebih lanjut tentang watak Genya Shinazugawa (adik kepada Sanemi Shinazugawa aka Wind Hashira), yang sebenarnya wujud sejak awal siri ini tetapi jarang muncul.

Anda yang masih belum menonton siri ini, boleh pergi ke platform berikut untuk menontonnya!

  • Netflix
  • iQIYI
  • Viu

Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer, sila tekan pautan ini.

Tags: Demon SlayerDemon Slayer S3Demon Slayer Season 3Kimetsu No Yaiba
Previous Post

Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion kini tersedia untuk konsol & PC, dapatkan sekarang!

Next Post

Kolab Fortnite X MrBeast bakal tersedia 14 Disember ini, pemain berpeluang menang $1 Juta!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Kolab Fortnite X MrBeast bakal tersedia 14 Disember ini, pemain berpeluang menang $1 Juta!

Kolab Fortnite X MrBeast bakal tersedia 14 Disember ini, pemain berpeluang menang $1 Juta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd