Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Star Ocean: The Divine Force kini tersedia di PlayStation & Xbox, download sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Demo, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo Star Ocean: The Divine Force kini tersedia di PlayStation & Xbox, download sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Demo percuma Star Ocean: The Divine Force oleh Square Enix dan tri-Ace kini tersedia untuk PS4, PS5 dan kedua-dua Xbox One dan Series X|S! Pertama kali diumumkan semasa acara Tokyo Game Show, korang boleh cuba game ini sekarang.

All systems are go!

The #StarOcean The Divine Force Demo is now available for you to download and play on PS5/4, Xbox Series X|S and Xbox One. pic.twitter.com/lacfNF6P9f

— STAR OCEAN (@StarOcean) September 20, 2022

Star Ocean: The Divine Force mengisahkan dua protagonis: Raymond Lawrence dan Princess Laeticia. Kapal angkasa Raymond diserang semasa dia dalam misi pengangkutan, yang menyebabkan dia terhempas di atas planet asing.

Di sana, dia bertemu dengan Laeticia, yang berjuang untuk mempertahankan tanah airnya daripada penceroboh.

Mereka berdua akhirnya memulakan pengembaraan bersama yang mampu mengubah takdir seluruh alam semesta.

Pemain yang memuat turun demo untuk game itu akan bermain pada permulaan kisah Raymond di mana mereka dapat meneroka lokasi permainan sambil menguji ciri-ciri menarik, serta berkenalan dengan sistem pertempurannya yang unik dan pantas.

Walau bagaimanapun, bahagian demo sebenarnya sedikit berbeza dengan versi rasmi yang bakal dilancarkan. Dalam demo, beberapa sekatan telah diletakkan pada fitur-fitur tertentu. Malangnya, fitur-fitur yang disekat itu tidak dinyatakan.

Menampilkan kandungan sebanyak 2 jam tentang Raymond, demo akan tamat apabila pemain tiba di Delryk Village. Kemajuan yang kita buat di dalam game tidak akan diteruskan ke versi rasmi.

Ciri-ciri Star Ocean: The Divine Force:

  • Kisah yang berubah berdasarkan pilihan yang dibuat, di mana wira bersilang antara dua dunia sci-fi dan fantasi.
  • Barisan watak yang boleh dimainkan.
  • Bebas meneroka persekitaran dalam game.
  • Penerokaan tiga dimensi di mana segala-galanya adalah medan untuk pengembaraan.
  • Game Star Ocean dengan aksi terpantas dan terhebat dalam siri ini

Star Ocean: The Divine Force akan dilancarkan untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada 27 Oktober 2022 manakala versi Demo kini tersedia pada konsol PlayStation dan Xbox.

Tags: DemoplaystationStar Ocean: The Divine Forcexbox
Previous Post

NVIDIA GeForce RTX 40 Series diumumkan, bakal tersedia bermula 12 Oktober ini!

Next Post

PSVR2 Sense Controller Telah Didaftarkan Di SIRIM! Mungkin Tersedia Awal Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
PSVR2 Sense Controller Telah Didaftarkan Di SIRIM! Mungkin Tersedia Awal Di Malaysia!

PSVR2 Sense Controller Telah Didaftarkan Di SIRIM! Mungkin Tersedia Awal Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd