Bake ‘n Switch oleh Streamline Games berada untuk santapa para pengunjung di Level Up Play tahun ini. Sudah tentu, kami harus mencuba permainan ini, jadi berikut adalah pengalaman kami! Ini adalah video pendek untuk pengalaman kami:
Setiap mode permainan mempunyai had masa di mana Story Mode akan melihat empat pemain di dalam dapur. Di arena atau dapur ini, pemain boleh:
- angkat adunan/ burung dodo.
- buang adunan/ burung dodo.
- untuk memasak atau menyusunnya.
- menumbuk pemain lain atau musuh/raksasa.
- gunakan Power-Up, seperti menyeru kilat.
Empat pemain ini akan bekerja sebagai satu pasukan. Mereka juga mempunyai peranan mereka di dapur seperti:
- menghantar doh/ burung dodo ke pemain lain.
- menyusun doh/ burung dodo, ini akan meningkatkan mata yang anda dapatkan.
- memasak doh/ burung dodo.
- membunuh musuh (roh ungu atau raksasa cacing).
Jika anda sudah biasa dengan game Overcooked, akan ada beberapa level di Story Mode. Setiap level:
- mempunyai keadaan dan cabaran yang berlainan.
- mempunyai sistem mata yang akan menilai peringkat untuk 3 bintang.
- mempunyai penilaian bintang; setiap bintang mewakili sejumlah mata yang anda perolehi dalam arena.
- memerlukan anda menjaringkan jumlah tertentu untuk dapatkan maksimum 3 bintang.
Jika anda tidak suka bekerjsama dan lebih suka membuat kacau di dapur untuk orang lain, Bake ‘n Switch di Level Up KL juga mempunyai mod PVP! Sama seperti Story Mode, ia mempunyai had masa. Setiap pemain akan mempunyai nilai mata, dan mereka perlu melemparkan adunan atau burung dodo ke ketuhar untuk mendapatkan. Pemain dengan mata tertinggi menang.
Dengar macam mudah kan? Cuba korang main dulu! Lihat laman web rasmi dan halaman Steam mereka untuk Early Access. Anda boleh mengikuti media sosial mereka di Facebook, YouTube, dan Twitter untuk maklumat lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post