Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Percuma Metaphor: ReFantazio Kini Tersedia Di Semua Platform!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2024
in Artikel, Berita, Demo, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo Percuma Metaphor: ReFantazio Kini Tersedia Di Semua Platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA mengumumkan bahawa demo untuk Metaphor: ReFantazio, RPG terbaru oleh Studio Zero dari ATLUS, rasmi dikeluarkan hari ini (25 September). Jangan segan silu, jom cuba demo ini dan rasai sendiri pengalaman game tersebut!

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Demo ini membolehkan anda bermain melalui prolog permainan, dan pemain akan dapat membawa save data mereka apabila permainan dilancarkan. Kandungan demo mungkin sedikit berbeza daripada versi pelancaran, tetapi berita baiknya, anda boleh bermain demo ini sebanyak yang anda suka.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Demo Metaphor: ReFantazio kini tersedia di PlayStation 4,5 dan Xbox Series X|S manakala versi Steam akan dilancarkan pada 26 September jam 12AM. Anda boleh memuat turun demo ini dari kedai platform masing-masing.

  • Laman Xbox Series X|S, Windows
  • Laman PlayStation 4/ PlayStation 5
  • Steam
Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Metaphor: ReFantazio, yang pada mulanya dikenali sebagai PROJECT: Re FANTASY, merupakan game terbaru dari Studio Zero ATLUS dan minda kreatif di sebalik Persona 3, Persona 4, dan Persona 5!

Kisah game ini meneroka tema “ideal dan realiti. Berlangsung dalam dunia fantasi zaman pertengahan yang merupakan “cermin” kepada dunia nyata, game ini mengikuti seorang protagonis yang memulakan perjalanan untuk melindungi kerajaannya sambil mengatasi setiap cabaran dan menjalin ikatan dengan sahabat yang ditemuinya sepanjang perjalanan.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Daripada segi gameplay, ia meminjam banyak mekanik daripada RPG terkenal ATLUS yang dahulu, termasuk pertempuran turn-based yang melibatkan pemain mengeksploitasi kelemahan musuh, penerokaan dunia dengan sistem kalendar, elemen simulasi sosial, dan membolehkan pemain membina hubungan yang lebih intim dengan rakan-rakan di luar pertempuran.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Pemain boleh membuat pre-order untuk Metaphor: ReFantazio Standard Edition dan Metaphor: ReFantazio Atlus Brand 35th Anniversary Edition. Game ini akan dilancarkan pada 11 Oktober untuk Xbox Series X|S, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, dan Steam—pastikan anda menambahkannya ke wishlist!

Tags: DemoMetaphor: ReFantazio
ShareTweetSend
Previous Post

Dynasty Warriors: Origins Akan Tiba Di Medan Perang Pada Januari 2025!

Next Post

FANTASIAN Neo Dimension Akan Debut Pada 5 Disember

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
FANTASIAN Neo Dimension Akan Debut Pada 5 Disember

FANTASIAN Neo Dimension Akan Debut Pada 5 Disember

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd