Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Percuma Kini Tersedia Untuk RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2025
in Action, Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Demo Percuma Kini Tersedia Untuk RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mengumumkan pelancaran demo percuma untuk RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army, yang menawarkan peluang kepada pemain untuk menghayati watak detektif serta penyeru iblis, Raidou Kuzunoha.

Demo ini kini tersedia untuk dimuat turun di kedai digital Nintendo Switch 2, PlayStation 5, dan Steam.

Demo ini membolehkan pemain mengalami permainan dari permulaan sehingga ke awal episod kedua. Bakal pemburu iblis juga akan gembira untuk tahu bahawa sebarang kemajuan yang dicapai, termasuk statistik watak, boleh dibawa ke versi penuh permainan. Demo ini juga telah dikemas kini dengan patch Ver. 1.10.

Sembilan belas tahun selepas pelancaran asal Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. the Soulless Army pada tahun 2006, versi remaster ini membawa nafas baharu ke dalam RPG aksi klasik ini.

RAIDOU Remastered mengekalkan penceritaan dan watak-watak yang mendapat pujian dari versi asal sambil memperkenalkan penambahbaikan moden seperti visual yang dinaik taraf, penambahbaikan gameplayy dan lakonan suara penuh.

Berlatarkan fiksyen tahun Taisho 20 (1931), pemain akan meneroka pemandangan unik ibu kota Jepun. Demo ini mempamerkan ciri-ciri unik permainan, termasuk combat masa nyata di mana pemain bertarung bersama rakan iblis mereka.

Salah satu mekanik utama gameplay ialah “Art of Confinement,” yang membolehkan pemain menangkap dan merekrut iblis musuh. Iblis-iblis ini kemudiannya boleh digabungkan untuk mencipta lebih 100 sekutu baharu daripada senarai lebih 120 iblis.

Pemain juga berpeluang untuk berinteraksi dengan barisan watak unik yang dihidupkan dengan lakonan suara yang baru ditambah dan menjalankan penyiasatan ghaib dengan bantuan rakan-rakan iblis mereka.

RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, Switch 2, PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: DemoRaidou Remastered: The Mystery of the Soulless Army
ShareTweetSend
Previous Post

Oshi no Ko Season 3 Akan Mula Disiarkan 14 Januari, Menurut Trailer Baharu

Next Post

Sora 2 “Ciplak” Visual Anime & Game, Kini Syarikat-Syarikat Jepun Isytihar Perang Dengan OpenAI!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Sora 2 “Ciplak” Visual Anime & Game, Kini Syarikat-Syarikat Jepun Isytihar Perang Dengan OpenAI!

Sora 2 "Ciplak" Visual Anime & Game, Kini Syarikat-Syarikat Jepun Isytihar Perang Dengan OpenAI!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd