Baru-baru ini di acara E3 2021, Capcom telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan versi demo Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin. Bermula 25 Jun, peminat francais Monster Hunter dapat mencuba bermain demo game ini di Nintendo Switch mereka, dan ianya boleh didapati melalui Nintendo e-Shop.
#MHStories2 Trial Version is now available in Europe! 🔥
It will continue to roll out on the Nintendo eShop around the globe on June 25th.
🥚 https://t.co/kGnHRWMs3E pic.twitter.com/P4Ui9juznz— Monster Hunter (@monsterhunter) June 25, 2021
Demo Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin telah pun dilancarkan, dan rekod permainan anda boleh dibawa ke versi penuh game apabila ianya keluar nanti. Pemain boleh menganggap versi demo ini adalah akses awal kepada game spin-off Monster Hunter yang bakal tiba pada 9 Julai nanti. Jadi perlu diingatkan bahawa ianya masih terlalu awal untuk mengharapkan sesuatu yang menakjubkan dari game ini.
Selain itu, Capcom turut mengumumkan beberapa DLC yang dirancang untuk Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin, seperti salah satunya DLC Monstie. Dalam DLC ini, anda akan menerima Palamute dari siri Monster Hunter: Rise, dan ia boleh melakukan semua serangan seperti di game asal. Palamute juga bakal menjadi ahli tambahan dalam pasukan anda semasa di game penuh nanti.
Di Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin, anda akan bermain sebagai Red yang telah mewarisi seekor anak Rathalos, yang dikatakan bakal membawa kemusnahan kepada dunia. Tema utama dalam game ini adalah kemampuan pemain dalam menjalinkan hubungan dengan monster tanpa perlu menyembelih mereka bagi mendapatkan baju besi yang hebat. Berkawan dengan monster mungkin bukanlah sesuatu yang biasa anda akan lihat oleh watak lain game ini.
Versi demo game ini telah pun mula dilancarkan bermula hari ini! Nantikan ketibaan Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin pelancarannya pada 9 Julai nanti. Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post