Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Leak Final Fantasy 7 Remake mendedahkan PERUBAHAN BESAR dalam jalan cerita!

Siapakah yang jahat sebenarnya?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 2, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Demo Leak Final Fantasy 7 Remake mendedahkan PERUBAHAN BESAR dalam jalan cerita!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun tiada berita rasmi diumumkan, sebuah ‘demo leak’ Final Fantasy 7 Remake telah dimuat naik ke internet. ‘Leak’ ini menunjukkan bahagian awal permainan Final Fantasy 7 Remake, tetapi ia juga mengesahkan perubahan jalan cerita yang sebenarnya sangat penting! Bagi mereka yang tidak ingin tahu perubahan cerita sehinggalah demo atau permainan itu sendiri keluar, sila ambil perhatian bahawa terdapat potensi spoiler dalam artikel ini.

Berdasarkan ‘demo leak’ ini, ternyata Final Fantasy 7 Remake mengubah peristiwa di Shinra Mako Reactor. Dalam permainan asal, kumpulan eco-terrorist AVALANCHE memusnahkan Mako Reactor dengan bom, lalu menyebabkan kematian ramai orang yang tidak bersalah. Dalam versi Remake permainan, ia didedahkan bahawa bukan bom AVALANCHE yang menyebabkan kemusnahan Mako Reactor. Sebaliknya, dalangnya ialah Shinra!

Apa yang berlaku dalam Final Fantasy 7 Remake adalah AVALANCHE menanam bom seperti biasa, tetapi letupannya jauh lebih kecil berbanding permainan asal, dan tidak mampu memusnahkan Mako Reactor. Presiden Shinra menyaksikan kejadian ini, dan memberikan arahan kepada eksekutif Shinra, Heidegger untuk mencetuskan letupan yang lebih besar, agar AVALANCHE dipandang sebagai orang jahat oleh orang ramai dengan jenayah kejam ini.

Adegan bom meletup bermula minit 11.19.

Walaupun perubahan ini tidak penting bagi sesetengah orang, ia tidak menepati kisah asal Final Fantasy 7. Oleh kerana AVALANCHE hanya mampu menamatkan aktiviti Mako Reactor dalam Final Fantasy 7 Remake dan tidak menyebabkan letupan besar seperti dalam permainan asal, mereka lebih kepada pihak “orang baik” sedangkan Shinra adalah “orang jahat” yang menipu orang ramai dengan melakukan jenayah yang jauh lebih besar.

Final Fantasy 7 Remake dijadualkan untuk 3 Mac 2020 di pelantar PS4.

Tags: final fantasyFinal Fantasy 7 RemakePS4Remake
Previous Post

Generasi ULTRAMAN tidak akan terhenti! Jom selami dunia Ultra zaman Shōwa Era (1966- 1981)!

Next Post

Sekiro: Shadows Die Twice menjuarai THE STEAM AWARDS 2019! Berikut adalah senarai penuh pemenang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Sekiro: Shadows Die Twice menjuarai THE STEAM AWARDS 2019! Berikut adalah senarai penuh pemenang!

Sekiro: Shadows Die Twice menjuarai THE STEAM AWARDS 2019! Berikut adalah senarai penuh pemenang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd