Cygames mengumumkan bahawa demo Granblue Fantasy: Relink tersedia untuk muat turun pada 12 Januari untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4. Game ini akan tersedia secara fizikal dan digital untuk PS5 dan PS4 dan digital untuk platform Steam pada 1 Februari 2024!
Dalam versi demo tersebut, terdapat tiga mode yang tersedia untuk anda mainkan. Mode tersebut adalah:
1. Story Mode
Alami penceritaan pendek daripada Main Story! Selepas mode ini berjaya diselesaikan, pemain akan mendapat ganjaran yang boleh dituntut dalam game penuh Granblue Fantasy: Relink!
2. Quest Mode
Alami tiga quest yang boleh dimainkan secara solo atau bersama pemain lain melalui Internet! Sama seperti Story Mode, jika anda berjaya menyelesaikan Quest ini, anda dapat menuntun ganjarannya melalui game penuh!
Terdapat 11 watak yang tersedia untuk anda mainkan dalam mode ini. Setiap daripada watak tersebut mempunyai gaya berlawan yang unik. Jadi anda bolehlah memilih watak yang sesuai dengan gaya bermain anda! Watak-watak yang tersedia adalah:
- Gran
- Katalina
- Rackam
- Io
- Charlotta
- Ghandagoza
- Narmaya
- Lancelot
- Siegfried
- Yodarha
- Zeta
3. Tutorial Mode
Bagi mereka yang ingin belajar bermain game genre ini, anda boleh gunakan mode ini untuk belajar kawalan asas dalam demo Granblue Fantasy: Relink!
Tonton Granblue Fantasy: The Animation di Youtube secara percuma!
Untuk memperingati pelancaran Granblue Fantasy: Relink, tujuh episod pertama Granblue Fantasy: The Animation telah disediakan untuk ditonton dari 5 Januari hingga 4 Februari secara percuma di saluran YouTube Cygames EN.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Granblue Fantasy: Relink daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post