Hari ini, Cygames mendedahkan bahawa Granblue Fantasy: Relink akan mengeluarkan Demo Percuma untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 pada Januari 2024. Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan tiga watak yang boleh dimainkan iaitu Cagliostro, Seofon dan Tweyen yang akan ditambah sebagai update percuma pada April 2024.
Bagi mereka yang tidak tahu, Granblue Fantasy: Relink akan dikeluarkan pada tahun depan dan merupakan aksi RPG berdasarkan francais Granblue. Berlangsung di alam fantasi Sky Realm, game ini menampilkan kempen single-player yang cukup besar dan mode co-op empat pemain. Bina pasukan impian di mana setiap watak mempunyai mekanik pertempuran sendiri yang menghasilkan gaya aksi unik untuk menghadapi pelbagai cabaran di dunia luas permainan.
Seperti saya kata tadi, Demo Percuma hanya boleh diakses di platform PlayStation sahaja. Sebanyak tiga mode boleh diakses iaitu:
- Tutorial Mode – Biasakan diri dengan kawalan permainan. Jika ingin menguasai game, anda perlu belajar daripada asas! Sebanyak 11 watak yang boleh dimainkan tersedia untuk pemain.
- Story Mode – Anda boleh bermain sebahagian daripada jalan cerita utama. Untuk belajar apa yang berlaku seterusnya, nantikan game penuh!
- Quest Mode – Pemain boleh melakukan pelbagai jenis quest. Lakukannya secara solo atau bersama rakan-rakan melalui online multiplayer.
Anda boleh memperoleh ganjaran untuk game penuh jika melengkapkan kandungan Story Mode dan Quest Mode.
Berkenaan watak baharu, tiga diperkenalkan iaitu:
Cagliostro
Seorang ahli sihir cemerlang yang mengasaskan alchemy di Sky Realm. Dia belajar cara-cara untuk mencapai kehidupan abadi virtual dengan menggantikan badannya dengan badan baharu yang sesuai dengan citarasanya.
Seofon
Lelaki ini mengetuai Eternals, sekumpulan 10 pakar senjata. Juga dikenali sebagai Star-Sword Sovereign, Seofon mengumpul spirit sword daripada musuh yang dikalahkan dan menyalurkan tenaga itu ke medan perang.
Tweyen
Pemburu bertaraf dunia ini ialah pakar busur dan anak panah kepada kumpulan Eternals. Matanya bukan sahaja dapat menentukan mangsa merentasi jarak yang sangat jauh, malah dia menguasai keupayaan untuk terbang. Setiap anak panah ajaib yang dilepaskan dari busurnya menemui sasarannya tanpa gagal.
Granblue Fantasy: Relink akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 1 Februari 2024.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post