A Plague Tale: Requiem nampaknya akan menyediakan demo percuma untuk dimainkan pada Jun ini. Sempena acara Tribeca Festival yang akan berlangsung pada bulan tersebut, demo itu tersedia untuk pengunjung yang hadir. Jangan risau! Demo A Plague Tale: Requiem yang berdurasi 40 minit itu juga akan tersedia dalam talian . Tetapi ia hanya boleh dimainkan pada PC bersama controller Xbox sahaja. Walaupun ini agak mengecewakan untuk pemain konsol, tetapi ia masih memberikan pemain sedikit sebanyak gameplay mengenai game baru itu.
Pembangun game, Asobo Studio juga telah mengumumkan kehadiran game tersebut di acara Tribeca Festival di Twitter.
Game sekuel kepada A Plague Tale: Innocence ini akan dilancarkan pada tahun ini, tetapi masih tiada tarikh rasmi mengenai pelancarannya. Ia juga akan tersedia di pelbagai platform seperti PS5, Nintendo Switch melalui Cloud Streaming, PC dan Xbox Series X|S. Lebih menarik lagi, game ini juga akan tersedia di Xbox Game Pass pada hari pertama. Jadi, pelanggan Game Pass boleh bermainnya selepas ia dilancarkan. A Plague Tale: Innocence juga tersedia untuk dimainkan, kalau anda masih belum bermainnya.
Agak menarik juga bila kita dapat bermain demo untuk game baru ini. Harap-harap ia dapat memberikan kepuasan yang sama seperti game yang pertama. Memadangakan ia telah mendapat sambutan positif dari ramai pemain malah membawa pulang beberapa anugerah. Pemain juga boleh mengharapkan sesuatu yang baru dalam demo yang akan dikeluarkan nanti. Buat sementara ini, kita perlu bersabar sehingga demo ini dikeluarkan. Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai siri A Plague Tale, sila klik pautan ini.
Sumber: Comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post