Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Rising Deluxe Remaster ‘Edisi Fizikal’ Akan Tiba 8 November, Serta Info Tambahan Gameplay

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2024
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dead Rising Deluxe Remaster ‘Edisi Fizikal’ Akan Tiba 8 November, Serta Info Tambahan Gameplay
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom Asia mengumumkan bahawa game aksi zombi Dead Rising Deluxe Remaster akan mengeluarkan ‘edisi fizikal‘ bermula pada 8 November 2024 untuk PlayStation 5!

Semasa pendedahan awal, hanya diumumkan bahawa Dead Rising Deluxe Remaster akan dilancarkan secara digital sahaja pada 19 September 2024 untuk Xbox Series X|S, PlayStation 5 dan PC (Steam).

Dihidupkan semula dengan RE ENGINE, Dead Rising Deluxe Remaster merupakan remaster definitif bagi game klasik Dead Rising dari tahun 2006, dengan grafik resolusi 4K, frame rate 60 FPS, dan pelbagai kandungan tambahan. Selain itu, Capcom turut mendedahkan pelbagai maklumat lain termasuk:

72HOUR MODE

Kredit: Capcom

Dengan komunikasi dan jalan terhalang, sesuatu berlaku di Willamette Parkview Mall. Merasakan ada berita yang besar, wartawan foto Frank West terjun ke pusat membeli-belah tersebut Mall, yang kini bertukar menjadi ‘neraka’ akibat wabak zombie. Terdapat 72 jam lagi sebelum penyelamat tiba. Bagaimana Frank akan bertahan hidup?

“72HOUR MODE’ ialah mode gameplay utama untuk game ini. Objektifnya adalah untuk bertahan hidup selama 72 jam di pusat beli-belah yang dipenuhi zombie dari 19 September hingga 22 September. Adakah anda akan mengunci diri di tempat yang selamat dan menunggu masa berlalu? Atau adakah anda berani mengambil tindakan untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kejadian itu. Segalanya bergantung kepada anda, pemain.

Dapakan ‘scoop’!

Kredit: Capcom

Di dalam pusat beli-belah yang dipenuhi zombie, masalah yang melibatkan mangsa dan peristiwa yang membawa kepada kebenaran, dikenali sebagai ‘scoop,’ akan sentiasa berlaku. Bagi protagonis, Frank West, yang mengunjungi pusat membeli-belah untuk mencari berita tergempar, tiada satu ‘scoop’ yang boleh terlepas. Pilih di mana untuk pergi dan ‘scoop’ mana yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Maklumat tentang scoop boleh diperolehi melalui radio. Dalam ‘Deluxe Remaster,’ kini anda boleh melakukan beberapa aksi semasa membuat panggilan radio. Selain itu, game telah dipertingkatkan supaya panggilan tidak diganggu walaupun anda diserang.

Tangkap Gambar Terbaik

Kredit: Capcom

Wartawan Frank sentiasa mempunyai kamera di tangan. Pastikan anda menangkap sebarang insiden atau detik dramatik yang dilihat. Lebih baik gambar yang ditangkap, lebih banyak ‘PP’ (Prestige Points) yang akan diperolehi. Foto yang lebih dramatik atau mengejutkan akan menerima penilaian yang lebih tinggi.

Kawalan kamera turut telah dinaik taraf. Anda kini boleh mengambil gambar yang lebih bervariasi daripada versi original. Selain itu, anda boleh menggunakan pelbagai filter pada foto yang ditangkap.

Naikkan Level Frank

Dengan memperoleh PP, Frank akan naik level. Apabila naik level, kuasa serangan, kesihatan, stok item dan stats lain juga akan meningkat, dan dia memperoleh pelbagai ‘skill’. Di bawah adalah beberapa contoh skill yang ada, dan kawalan juga telah dimodenkan untuk membolehkan penggunaan yang lebih intuitif.

Zombie Ride: Skill yang membolehkan anda memanjat bahu zombie. Anda boleh berjalan di atas sekumpulan zombie.

Kredit: Capcom

Flying Dodge: Skill mengelak yang serba boleh. Ia memberikan status kebal pada permulaan tetapi tidak boleh digunakan secara berturut-turut.

Kredit: Capcom

Football Tackle: Skill yang melakukan tackle kuat yang tidak berhenti walaupun anda diserang. Menggunakan skill ini untuk mengalahkan zombie akan memberikan bonus kepada PP yang diperolehi.

Kredit: Capcom

Judo Throw: Skill asas namun paling kuat dalam judo. Dengan balingan bahu yang dramatik, anda boleh menumbangkan sejumlah zombie.

Kredit: Capcom

Watak Yang Frank Akan Temui

Frank akan bertemu pelbagai individu di Willamette Parkview Mall. Di bawah adalah beberapa watak penting:

Brad Garrison: Ejen veteran dari Department of Homeland Security (DHS). Dia lebih bergantung pada gerak hati daripada logik, tetapi boleh dipercayai. Secara kebetulan, dia akhirnya bekerjasama dengan Frank.

Kredit: Capcom

Jessie McCarney: Ejen baru dan rakan sekerja Brad, biasanya dikenali sebagai Jessie. Tidak seperti Brad, Jessie cemerlang dalam memproseskan maklumat. Dia cuba menggantikan kekurangan pengalamannya dengan kerja keras, tetapi kadang-kadang usaha itu sia-sia.

Kredit: Capcom

Russell Barnaby: Seorang lelaki tua yang kerap gementar. Dia adalah orang yang dicari oleh Brad dan Jessie. Dia seolah-olah telah diumpan ke pusat membeli-belah oleh orang misteri dan kemudian terperangkap dalam watak zombie.

Kredit: Capcom

Warga Psychopath

Psychopath ialah sekumpulan manusia yang didorang ke ambang kegilaan dan hilang segala akal dan kewarasan. Dikawal oleh kegilaan dan niat jahat, mereka lebih menakutkan daripada zombie.

Geng Prisoner: Banduan yang melarikan diri dari penjara di tengah-tengah kekacauan zombi. Mereka adalah individu berbahaya yang memandu di dalam kenderaan tentera yang dicuri, dan bertindak mengikut keinginan.

Kredit: Capcom

Steven Chapman: Pengurus pasaraya di dalam pusat membeli-belah. Dia tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang memasuki kedainya, yang telah dia bina sendiri, dan akan menyerang dengan marah.

Kredit: Capcom

Larry Chiang: Seorang lelaki berbadan besar yang bekerja di kilang pemprosesan daging di dalam pusat beli-belah. Walaupun wabak zombie, dia masih bekerja dengan ceria, tetapi tidak jelas dari mana dia mendapatkan sumber daging.

Kredit: Capcom

Bagi mereka yang berminat, Dead Rising Deluxe Remaster akan dikeluarkan pada 19 September 2024 secara digital untuk Xbox Series X|S, PlayStation 5 dan PC melalui Steam, dan 8 November 2024 secara fizikal untuk PlayStation 5. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Rising Deluxe Remaster
ShareTweetSend
Previous Post

‘The One Piece’ – Visual Awal Didedahkan Untuk Versi Remake Oleh Wit Studio!

Next Post

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Capai 500,000 Pemain – Raikan dengan DLC Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat
Berita

Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat

May 23, 2025
Next Post
Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Capai 500,000 Pemain – Raikan dengan DLC Percuma!

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Capai 500,000 Pemain - Raikan dengan DLC Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd