Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Daripada Pecinpta Little Nightmares, Game Seram Co-op ‘REANIMAL’ Akan Tiba Pada 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2025
in Artikel, Berita, Demo, Multiplayer, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Daripada Pecinpta Little Nightmares, Game Seram Co-op ‘REANIMAL’ Akan Tiba Pada 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Game pengembaraan seram co-op REANIMAL akan membuat pelancaran pada 13 Februari 2026. Berita ini disahkan sendiri oleh penerbit THQ Nordic bersama Tarsier Studios, iaitu pembangun asal yang bertanggungjawab menghasilkan siri Little Nightmares yang cukup dikenali.

Game ini akan boleh didapati untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, dan juga PC menerusi Steam, Epic Games Store, serta GOG.

Bermula sekarang, para pemain berpeluang untuk membuat pra-tempahan bagi REANIMAL dan pada masa yang sama boleh mencuba versi demonya pada konsol PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Bagi pengguna Switch 2, sesi pra-tempahan dan akses kepada demo akan diumumkan pada masa akan datang.

Tarsier Studios memberi jaminan bahawa pengembaraan kali ini akan menyajikan pengalaman yang jauh lebih mencemaskan berbanding karya-karya mereka sebelumnya. Di dalam REANIMAL, pemain akan mengawal sepasang adik-beradik yang mengharungi misi berbahaya untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka yang telah hilang.

Gameplay akan melibatkan penjelajahan di darat dan dengan menaiki bot, di mana pemain perlu memanfaatkan kebijaksanaan untuk bertahan hidup di sebuah pulau yang penuh kengerian sambil membongkar rahsia gelap yang menyelubunginya.

REANIMAL memberi pilihan kepada pemain untuk mengharungi cabarannya secara bersendirian dengan ditemani oleh rakan AI, atau bermain bersama rakan lain melalui mod local co-op mahupun secara dalam talian.

Tags: DemoREANIMAL
ShareTweetSend
Previous Post

Girls’ Frontline: Fire Control Akan Dilancarkan 27 November – Shooter Daripada Alam Girls’ Frontline!

Next Post

Lagu “Jalur Gemilang” Versi Jepun Berjaya Curi Hati Netizen Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Lagu “Jalur Gemilang” Versi Jepun Berjaya Curi Hati Netizen Malaysia

Lagu "Jalur Gemilang" Versi Jepun Berjaya Curi Hati Netizen Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd