Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dari segi populariti, PUBG: New State masih kalah kepada PUBG Mobile walaupun visual lebih canggih

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Dari segi populariti, PUBG: New State masih kalah kepada PUBG Mobile  walaupun visual lebih canggih
Share on FacebookShare on Twitter

Krafton secara rasmi telah melancarkan game PUBG: New State di lebih 200 negara pada 11 November lalu. Memandangkan hype-nya sangat tinggi dan ramai pun tidak sabar untuk cuba, memang tidak heran lah bahawa New State memperoleh jumlah muat turun yang tinggi pada minggu pertama pengeluaran. Walaupun dipromosikan kaw-kaw, ternyata PUBG: New State masih kalah kepada PUBG Mobile dari segi populariti.

Maklumat ini datang daripada Sensor Tower yang melaporkan bahawa game “free-to-play” tersebut dianggarkan telah dimuat turun lebih daripada 23 juta kali di seluruh dunia. Dengan India sebagai negara yang paling banyak muat turun, kira-kira 30% daripada jumlah total terdiri daripada 7 juta muat turun. Amerika Syarikat adalah kedua, diikuti oleh Korea Selatan.

Sebagai rujukan, Sensor Tower membuat kajian tentang PUBG Mobile dan mendapati game ini berjaya mencapai sebanyak 28 juta muat turun di seluruh dunia semasa ia dikeluarkan pada tahun 2018. Ini secara tidak langsung membuktikan populariti PUBG: New State masih tidak dapat menandingi PUBG Mobile.

Dibangunkan oleh PUBG Studios (syarikat sama yang mencipta PUBG untuk PC dan konsol) PUBG: New State “sepatutnya” menawarkan pengalaman gaming battle royale yang sama seperti di PC, tetapi untuk peranti iOS dan Android -lantas menjadikannya salah satu judul mobile paling realistik dan maju dari segi teknologi. Namun, playerbase PUBG Mobile terlalu kukuh. Lagi-lagi selepas mereka mengumumkan kolaborasi Arcane bersama francais besar League of Legends dalam update 1.7.

Bukan setakat itu sahaja, PUBG Mobile juga merupakan antara lapan game yang disenaraikan untuk kategori sukan elektronik (e-sukan) Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di  Hangzhou, China pada 10 hingga 25 September 2022.

Untuk segala liputan kami berkaitan PUBG, sila tekan pautan ini.

Sumber – GamesIndustry

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Tags: Mobilepubg mobilePUBG: New State
Previous Post

[Khabar Angin] Hero baru Mobile Legends hampir sama dengan watak Arcane “Vi”!

Next Post

Airasia membuka Uji bakat baru VTuber untuk Projek Kavvaii!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Airasia membuka Uji bakat baru VTuber untuk Projek Kavvaii!

Airasia membuka Uji bakat baru VTuber untuk Projek Kavvaii!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd