Dengan penantian kembalinya siri permainan yang popular satu ketika dahulu, siri Half-Life diteruskan dengan versi VR yang bernama Half-Life Alyx. Paling menarik, Valve sebagai pemaju permainan telah mengumumkan secara rasmi di Twitter mereka bahawa siri-siri lama permainan ini kini boleh dimuat turun dan bermain secara percuma selama dua bulan. Jadi kini anda boleh lebih ‘up-to-date’ sebelum kemunculan Alyx ini!
Half-Life: Source, Half-Life 2, Half-Life 2: Episode One, Half-Life 2: Episode Two, juga Half-Life Opposing Force dan Half-Life Blue Shift kesemuanya dijadualkan boleh dimuat turun secara percuma sehingga dua bulan (hingga Mac) dan itu bermaksud sebelum kehadiran Alyx yang dijangkakan juga akan hadir Mac ini.
Half-Life: Alyx is coming in March, and we're celebrating early by making all past games in the Half-Life series free to play for Steam users, from now until the day Half-Life: Alyx launches! https://t.co/giz801AKfu pic.twitter.com/ndUpN8NDYs
— Valve (@valvesoftware) January 21, 2020
Half-Life Alyx merupakan sebuah permainan penembak pandangan pertama (FPS) virtual reality (VR)! Mengimbas kembali kisah sebelum terjadinya Half-Life 2, pemain akan mengawal sebagai Alyx Vance bersama ayahnya Eli untuk menentang alien yang menyerang.
“Half-Life: Alyx ditetapkan sebelum peristiwa Half-Life 2 dan episodnya, tetapi permainan ini lebih dalam berkongsi karakter dan unsur cerita”
“Pasukan Half-Life: Alyx percaya bahawa cara terbaik untuk menikmati permainan baru adalah bermain dari yang lama, terutama Half-Life 2 dan episodnya, jadi kami ingin membuatnya semudah mungkin.”-Valve
The Half-Life: Alyx team will be doing an AMA on https://t.co/y6aHejwwHE tomorrow at 9am Pacific Time. Come prepared with all your burning questions about the game's development, because we'll be there to answer some of them. pic.twitter.com/qN3BCn7OPC
— Valve (@valvesoftware) January 21, 2020
Dikatakan pasukan Alyx akan melakukan AMA di Reddit mereka bermula 9am (waktu Pasifik) hari ini (1pagi waktu Malaysia). Jadi sebarang persoalan dengan kehadiran permainan terbaru ini anda boleh lanjutkan soalan disini. Jadi sama ada anda pernah bermain siri Half-Life suatu ketika dahulu, ingin bermain semula atau tidak pernah mencuba sekali pun, inilah peluang anda untuk memuat turunya dan bermain secara percuma di Steam Half-Life sekarang! Kami mengesyorkan anda muat turun kerana permainan ini memang seronok!
Half-Life Alyx akan hadir dalam bulan Mac ini, jadi bermula sekarang hingga dua bulan akan datang muat turun secara percuma siri-siri Half-Life ini sebelum terlambat!
@gamersantaimy
Discussion about this post