Bagi mereka yang tidak tahu, ujian beta tertutup ke-2 untuk Devil May Cry Mobile telah diadakan di China pada minggu lepas. Info ini mungkin datang sedikit lambat tetapi pemaju Yunchang Game dan unit penyelia Capcom telah menambahkan “playable character” ke-2 bernama Lady, sebagai tambahan kepada protagonis utama siri ini, Dante. Menurut berita rasmi, Devil May Cry Mobile kini berada di ChinaJoy 2020 yang berlangsung di Shanghai. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Devil May Cry Mobile, sila rujuk artikel kami sebelum ini. Sekiranya tidak, di bawah adalah beberapa trailer gameplay untuk anda tonton!
Lady adalah seorang manusia Devil Hunter yang pertama kali muncul dalam Devil May Cry 3: Dante’s Awakening sebagai BOSS dan watak sokongan. Dia adalah anak perempuan Arkham dan berusaha untuk memburunya, sambil menemui Dante dalam proses. Selepas peristiwa Devil May Cry 3, dia menyertai kedai Devil May Cry. Lady juga muncul sebagai playable character dalam Devil May Cry 4: Special Edition. Walaupun nama pilihannya, “Lady“, diberikan kepadanya oleh Dante, nama kelahirannya adalah Mary Ann Arkham.
Bukan itu sahaja, gameplay BOSS juga didedahkan bagi Devil May Cry Mobile! Kami dapat melihatkan Griffon, yang pasti dikenali oleh peminat francais, kerana menjadi BOSS siri utama. Namun, watak dan bos yang eksklusif untuk Devil May Cry Mobile adalah Frank, seorang antagonis yang penuh misteri.
Rasa tidak sabar pula dengan pelancaran global? Buat masa sekarang TapTap sahaja menjadi aplikasi muat turunnya. Ramai yang perlu tunggu untuk pelancaran global di PlayStore. Nanti bila keluar, siap sedia untuk beraksi dengan Dante!
@gamersantaimy
Discussion about this post