Selepas sekian lama menunggu, akhirnya ENDLESS Dungeon kini tersedia di PC, PlayStation dan Xbox secara Early Access untuk semua pemilik Last Wish Edition. Walaupun begitu, pemilik Standard Edition tidak perlu sedih kerana game ini masih akan dikeluarkan keesokan hari, Khamis 19 Oktober.
Sempena itu, anda boleh menonton video di bawah untuk mendapatkan gambaran umum tentang game:
Sinopsis

Dalam ENDLESS Dungeon, anda terkandas di stesen angkasa terbiar yang misteri. Matlamat anda ialah untuk mencari jalan ke pintu keluar sambil melindungi kristal daripada serangan raksasa yang tidak berkesudahan… Jika mati, reload semula, dan cuba lagi sekali!
Sorotan-Sorotan Utama

Campuran genre yang unik: Rogue-lite bertemu twin-stick shooter bertemu tower-defense taktikal!
Mencari skuad: Bekerjasama dengan rakan secara co-op sehingga 3 pemain, atau bermain dengan rakan kongsi AI dalam mode single-player ketika anda cuba melarikan diri dari stesen angkasa.

Mati-dan-cuba semula: Kematian ialah ciri utama! Anda akan mati banyak kali. Belajar daripada setiap kematian untuk menyelidiki stesen angkasa dengan lebih mendalam sambil naik level bersama hero.
Main mengikut kehendak anda: Ubahsuai segala-galanya! Terdapat banyak senjata dan turret untuk dipilih, dan semasa maju dalam game, anda akan membuka lebih banyak cara berbanding sebelum ini untuk menyesuaikan gameplay anda.

Suasana “western” angkasa: Menyelam ke dalam suasana, muzik dan pencahayaan ENDLESS Universe kerana ia mengambil latar belakang Barat dengan muzik daripada Arnaud Roy dan Lera Lynn, artis daripada Amerika.
Kemajuan meta: Ubahsuai, main, ulang semula dalam kitaran sci-fi menyeronokkan di mana setiap kali, anda didedahkan kepadad lebih banyak rahsia tentang stesen angkasa, memanfaatkan sumbernya, dan menemui lokasi, hero, barang baharu dan banyak lagi!

Game ini kini tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan untuk dapatkan segala info kami tentang ENDLESS Dungeon termasuk review lengkap, tekan SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post