Crysis pertama yang keluar pada 2007 akhirnya akan hadir ke platform moden iaitu di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One – dalam bentuk remastered. Butiran tentang game tersebut yang dikenali sebagai Crysis Remastered sebenarnya telah dibocorkan semalam (16 April 2020) melalui laman web rasmi mereka, tetapi kemudian disahkan oleh Crytek sendiri.
You’ve been asking. You’ve been waiting.
Today, that wait is over. It’s coming:Crysis Remastered is coming to PC, PlayStation, Xbox, and Nintendo Switch – the game's debut on a Nintendo platform. https://t.co/81XddigQpN pic.twitter.com/fAPpV0ZJYW
— Crytek (@Crytek) April 16, 2020
Crysis Remastered akan memperkenalkan ciri grafik baru, tekstur berkualiti tinggi, dan ray tracing ke permainan asal, menurut maklumat daripada laman rasmi. Dukacita, pasukan pembangunan masih belum mendedahkan tarikh pelepasan tetapi ramai menjangka ia akan keluar pada tahun ini. Selain itu, penerbit asal Electronic Arts nampaknya tidak terlibat dalam penerbitan semula. Sebabnya masih tidak diketahui tetapi pihak Crytek akan memberitahu mengapa dalam posting terbaru.
Crysis dibangunkan oleh Crytek dan pertama kali dilancarkan pada PC Windows pada tahun 2007, lalu dibawa ke PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2011. Crysis yang pertama amat terkenal dengan keperluan sistem perkakasannya kerana menggunakan CryEngine (game engine) pada tetapan dan resolusi maksimum di PC memerlukan kuasa komputasi yang kuat. Sehingga ia keluar, mari kita lihat jika teknologi moden mampu menanggung Crysis Remastered.
CLOAK DISENGAGED
You’ve been asking. You’ve been waiting.
Today, that wait is over. It’s coming:Crysis Remastered on PC, PlayStation 4, Xbox One, and – for the very first time on the Nintendo Switch Platform.https://t.co/2JnfyC7jRE pic.twitter.com/NWAHdoBEgD
— Crysis (@Crysis) April 16, 2020
Crysis menceritakan kisah sci-fi tentang seorang askar Delta Force bernama Jake “Nomad” Dunn yang, dilengkapi dengan nanosuit berkuasa tinggi, harus menentang kuasa Korea Utara dan ancaman makhluk asing. Satu lagi info menarik ialah jalan cerita permainan berlangsung pada bulan Ogos 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post