Sony Interactive Entertainment Japan Asia dan Capcom telah mengumumkan tema Monster Hunter World: Iceborne untuk cover PlayStation 4, controller DualShock 4, dan Wearable Neck Speaker di Jepun. Ketiga-tiga item ini akan keluar serentak dengan game pada 6 September. Cover PlayStation 4 bertemakan Monster Hunter World: Iceborne boleh di-pre-order dalam pilihan warna hitam atau putih untuk 4,000 yen melalui Sony Store:
DualShock 4 Monster Hunter World: Iceborne pula boleh pre-order dalam pilihan warna hitam atau putih untuk 7,480 yen manakala Wearable Neck Speaker boleh didapati untuk 29,380 yen melalui pre-order di Sony Store:
Capcom masih mantap mengeluarkan teaser untuk pelbagai armor set di Monster Hunter World: Iceborne. Kali ini, kita melihat perisai yang dihasilkan oleh Tigrex , sebuah subspesies Flying Wyvern yang merupakan antara raksasa terkenal di dunia Monster Hunter. Korang boleh check video di bawah sempena akaun Twitter rasmi Monster Hunter & PlayStation.
Embrace recklessness with this set of Tigrex armor. #Iceborne pic.twitter.com/jCDipoLP2f
— Monster Hunter (@monsterhunter) August 5, 2019
Monster Hunter World: Iceborne dijadualkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada 6 September, dan untuk PC pada Januari 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post