Hari ini, COVER Corporation secara rasmi mengumumkan unit baharu bernama “hololive English -Promise-“. Lima bakat daripada hololive English iaitu, IRyS, Ceres Fauna, Ouro Kronii, Nanashi Mumei, dan Hakos Baelz, akan disatukan dan memulakan aktiviti mereka sebagai ahli unit baru.
Berikut adalah ringkasan tentang unit ini bak kata Cover Corporation:
Dahulu memerhati manusia dari jauh, ahli hololive English -Promise- kini memulakan “pengembaraan besar” di pentas dunia ini, untuk mencari jawapan kepada “janji” mereka sendiri.
Sehubungan itu, projek VSinger “Project:HOPE” telah ditutup, dan IRyS kini akan menjadi milik rasmi kepada “Hololive English -Promise-” bermula dari 8 Oktober 2023 (PDT). Selain itu, tidak akan ada perubahan besar pada aktiviti 5 ahli tersebut. Mereka akan kekal mencipta dan menyediakan content dalam gaya unik mereka.
Untuk mengikut setiap ahli, di bawah adalah senarai pautan kepada laman rasmi masing-masing.
IRyS
Ceres Fauna
Ouro Kronii
Nanashi Mumei
Hakos Baelz
Untuk mengenal lagi bakat hololive English di atas, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di SINI. Baca segala berita kami tentang hololive di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post