Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Concord Dibuka Untuk Pre-Order, Info Early Access & Beta Awal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2024
in Artikel, Berita, Beta, Epic Store, Multiplayer, PC, PS5, Shooter, Steam
0 0
0
Concord Dibuka Untuk Pre-Order, Info Early Access & Beta Awal!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan game multiplayer FPS baru Concord pada minggu lepas, hari ini Sony Interactive Entertainment dan Firewalk Studios telah membuka pre-order untuk game itu, termasuk mendedahkan butiran tentang bonus prapesan, kandungan dalam edisi Digital Deluxe, cara mendapatkan Early Access, dan Beta awal.

Form your crew and be among the first to play Concord! Pre-orders are now live, granting you and four friends codes for the Beta Early Access weekend this July.

Get all of the details, including how you can get up to 72 hours of early access at launch with the Digital Deluxe… pic.twitter.com/uQNSInDejO

— Concord (@PlayConcord) June 6, 2024

Dijelaskan dalam PlayStation Blog, berikut adalah info yang korang patut tahu.

Pertama sekali, pemain yang pre-order Concord edisi Standard atau Digital Deluxe akan menerima kosmetik Monarch Pack, yang termasuk outfit Monarch Frontliner untuk Vale dan skin senjata Dead Reckoner untuk sniper dan senjata lain.

Kredit: PlayStation Store

Kedua; di samping Edisi Standard, Edisi Digital Deluxe turut tersedia, yang termasuk kosmetik tambahan untuk krew Freegunner, dan Early Access ke Concord apabila ia dilancarkan Ogos ini.

Edisi Digital Deluxe akan memberi sehingga 72 jam early access sebelum pelancaran global Concord pada 23 Ogos. Ia juga termasuk pek kosmetik Northstar Freegunner, yang memberikan 16 outfit Freegunner bertemakan Northstar; satu untuk setiap 16 Freegunner yang boleh dimainkan semasa pelancaran.

Firewalk Studios

Ketiga, game ini juga akan mengadakan pre-launch beta, serentak pada PS5 dan PC dengan sokongan cross-play. Mereka yang pre-order akan berpeluang menjadi antara yang pertama untuk bermain Concord—dan boleh membawa rakan-rakan sekali.

Setiap pre-order akan memberikan lima kod untuk Beta Early Access pada bulan Julai, yang membolehkan anda bekerjasama dengan rakan-rakan di PS5 dan PC.

Berikut adalah butiran harga:

  • Harga:
    • Edisi Standard (Digital/Disc): RM169
    • Edisi Digital Deluxe: RM249
  • Link: PS Store, Steam, dan Epic Games Store

Tentang Game Ini

Secara khusus, Concord ialah “5v5 first-person multiplayer shooter berasaskan naratif”, yang akan dilancarkan pada 24 Ogos di PS5 dan PC.

Dalam game, anda bermain sebagai kru Northstar—sekumpulan orang upahan yang dikenali di galaksi ini sebagai Freegunner. Kerja Freegunner adalah untuk berkeliaran di bintang-bintang sambil mengambil kerja bergaji tinggi dan menghadapi kru Freegunner lain.

Dalam perlawanan, anda akan membentuk pasukan Freegunner dengan pemain lain dan bertarung dengan musuh untuk membawa pulang ganjaran di pelbagai peta dan game mode.

Bagi watak, setiap Freegunner terdiri daripada beberapa kelas seperti ahli mistik, robot, pakar pistol, sniper dan banyak lagi – di mana masing-masing mempunyai abiliti unik dan menarik sendiri.


Pre-orders for PS5 are now live at participating retailers, PlayStation Store. Pre-Purchase for PC on Steam and the Epic Store. 

Tags: ConcordPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Age: Dreadwolf Kini Dragon Age: The Veilguard, Gameplay Bakal Menyusul

Next Post

Lulus Di China, ‘Valorant Mobile’ Mungkin Akan Datang Dalam Masa Terdekat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Lulus Di China, ‘Valorant Mobile’ Mungkin Akan Datang Dalam Masa Terdekat

Lulus Di China, 'Valorant Mobile' Mungkin Akan Datang Dalam Masa Terdekat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd