Gamescom Asia 2022 dengan rasminya bermula dengan livestream yang memaparkan game-game hebat yang dibangunkan dalam rantau ini berserta beberapa game daripada peringkat global. Semasa livestream Primetime Gamescom Asia 2022, kita telah didedahkan dengan gameplay Coffee Talk Episode 2: Hibiscus & Butterfly, entri terbaru oleh Toge Productions. Nampaknya kita bakal melihat watak-watak daripada episode pertama.
Untuk pengetahuan anda, Coffee Talk Episode 2 merupakan sekuel kepada game Coffee Talk yang telah dilepaskan pada tahun 2020. Anda akan bekerja sebagai seorang barista di sebuah kedai kopi di mana anda akan bersembang dengan pelanggan sambil menghasilkan pelbagai jenis minuman yang dipesan oleh mereka. Kadang-kadang minuman yang ditempah agak unik juga.
Dalam trailer gameplay terbaru itu, bukan sahaja anda akan melihat tambahan bahan untuk membuat minuman, terdapat juga beberapa watak daripada game pertama muncul. Antaranya Lua dan pegawai Jorji. Dengan adanya bahan baru, sudah tentu akan ada lebih banyak kombinasi hebat untuk minuman dalam game ini.
Terdapat juga satu mekanik yang ditunjukkan, di mana pemain boleh memberikan item kepada pelanggan. Tiada maklumat lanjut mengenai mekanik ini, jadi mungkin banyak lagi perkara yang akan didedahkan nanti.
Kalau anda pernah bermain Coffee Talk yang pertama, mesti anda tahu betapa tenangnya soundtrack yang digunakan. Memang anda akan bersantai seperti dalam kedai kopi sebenar.
Anda yang ingin bermain sekuel ini, bolehlah cuba demo percuma di halaman Steam. Buat masa ini, masih tiada lagi tarikh pelancaran rasmi Coffee Talk Episode 2, jadi bolehlah wishlist dahulu untuk dapatkan game tersebut apabila ia lancar nanti.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Gamescom Asia 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post