Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CODEX bersara selepas 8 tahun cetak rompak game

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
CODEX bersara selepas 8 tahun cetak rompak game
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lapan tahun mencetak rompak pelbagai game, kumpulan “lanun” CODEX telah mengumumkan persaraan. Diasaskan pada tahun 2014, Codex mula menjadi terkenal selepas mengeluarkan banyak game hebat dan memecahkan pelbagai sistem perlindungan kuat berulang kali, termasuk Denuvo, dalam masa yang singkat. Mereka telah berjaya mencetak rompak 7300 game di bawah nama CODEX dan 5300 game di bawah nama PLAZA.

Selepas mengeluarkan “The Sims 4 My Wedding Stories” versi cetak rompak, CODEX secara rasmi mengumumkan persaraan. Keputusan ini bukan kerana saman atau isu dalaman. Sebaliknya, mereka meluahkan perasaan bahawa matlamat keseluruhan sudah tercapai, sambil mengkritik keadaan semasa dalam pasaran “game cetak rompak”.

CODEX kata bahawa mereka asalnya ditubuhkan kerana ingin bersaing dengan RELOADED, sebuah lagi kumpulan “cetak rompak game PC” yang popular pada masa itu. Walau bagaimanapun, persaingan ini tidak bertahan lama kerana RELOADED kemudian diberhentikan. Walaupun nama “RELOADED” masih digunakan oleh kumpulan lain, CODEX menjelaskan bahawa itu dilakukan tanpa kebenaran kumpulan sebenar. Selain itu, RELOADED versi ‘baru’ ini juga tidak menawarkan banyak persaingan.

Notis rasmi oleh CODEX

CODEX memberitahu bahawa mereka tidak lagi melihat sebarang persaingan yang serius terhadap kualiti dan kepelbagaian untuk game cetak rompak yang dikeluarkan. Kekurangan persaingan ini bermakna mereka kini menjadi unsur dominan dalam industri cetak rompak dan oleh itu, sudah tiba masanya untuk bersara.

Kami di Gamer Santai tidak menyokong cetak rompak dan menasihati korang semua supaya membeli game dari sumber yang rasmi dan sahih. Apa pendapat korang tentang kes Codex bersara? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Sumber: Gamebrott

Tags: Cetak rompakCODEXGame
Previous Post

Pokemon Scarlet & Violet akan tiba hujung 2022

Next Post

Martha is Dead kena sensor kerana “keganasan & dialog eksplisit”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Martha is Dead kena sensor kerana “keganasan & dialog eksplisit”

Martha is Dead kena sensor kerana "keganasan & dialog eksplisit"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd