Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Code Geass: Lost Stories Kini Tersedia di iOS dan Android! Download Sekarang!

Maira by Maira
September 14, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Code Geass: Lost Stories Kini Tersedia di iOS dan Android! Download Sekarang!

©S/PLG CD©CLAMP・ST

Share on FacebookShare on Twitter

Penantian akhirnya berakhir! Komoe Technology Limited telah pun melepaskan game mobile Code Geass: Lost Stories secara rasmi hari ini! Anda yang sudah lama nantikan game ini, bolehlah ke gedung aplikasi masing-masing untuk muat turun sekarang. Terdapat banyak ganjaran yang menanti anda dalam Code Geass: Lost Stories!

Dibangunkan bersama oleh DMM Games dan f4samurai, Code Geass: Lost Stories asalnya dilancarkan di Jepun pada Mei 2022 dan kemudiannya dibawa ke pasaran China pada awal tahun ini. Berdasarkan anime Code Geass: Lelouch of the Rebellion, game mobile ini mereplikasikan semula peristiwa ikonik daripada siri anime, dengan beberapa sentuhan baharu.

©S/PLG CD©CLAMP・ST

Dengan gameplay berbentuk Strategi Tower Defense, ia menampilkan Knightmare dan Pilot sebagai entiti berasingan di mana Pilot memberikan stats dan kebolehan bonus kepada Knightmare. Semasa pertempuran real-time, Knightmare secara automatik akan mengaktifkan buff pasif, di mana anda juga boleh melaksanakan serangan khas pada satu sasaran yang disertakan dengan adegan sinematik. Dalam level tertentu, anda juga boleh meruntuhkan lantai sepenuhnya, untuk menyekat laluan musuh. Game ini turut membenarkan pemain mencipta skuad pertempuran unik sendiri, yang merangkumi semua watak dan Knightmare Frame yang muncul dalam anime original.

©S/PLG CD©CLAMP・ST

Berikut adalah ringkasan dunia game:

10 Ogos pada tahun 2010 Imperial Calendar. Holy Britannian Empire mengisytiharkan perang ke atas Jepun. Terdapat pertikaian antara kedua-dua pihak mengenai sumber bawah tanah Jepun. Ketegangan diplomatik antara negara telah berakar umbi. Dalam pertempuran besar, tentera Britannia memperkenalkan “Knightmare Frames”, kesatria humanoid berperisai. Kuasa mereka jauh lebih besar daripada yang dijangkakan, dan pertahanan daratan tentera Jepun telah dihancurkan sepenuhnya oleh mereka.

Area 11. Itulah nama baharu untuk Jepun.

Tujuh tahun kemudian, protagonis berada di bawah perlindungan keluarga Garfield semasa menghadiri Ashford Academy. Walaupun mereka hidup sebagai orang Britannia, mereka sebenarnya kacukan Jepun. Pada suatu hari, operasi ketenteraan yang dimulakan oleh tentera Britannia membawa protagonis ke dalam pergaduhan dan memaksa mereka untuk berperang.

©S/PLG CD©CLAMP・ST

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat ke App Store atau Google Play untuk terus bermain! Untuk membaca segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Code Geass: Lost Stories
Publisher: Komoe Technology Limited
Developer: DMM Games
Release Date: 2023-09-13
Android, iOS
Code Geass: Lost Stories ialah game mobile Tower Defense berdasarkan anime Code Geass: Lelouch of the Rebellion. Mereplikasikan semula peristiwa ikonik daripada siri anime dengan beberapa sentuhan baharu, kita bermain sebagai protagonis baharu menyertai peperangan sebagai pilot Knightmare Frame.
Tags: Code GeassCode Geass: Lost Stories
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Masters: Evolution – Kawal geng klasik Digi Adventure dalam MMORPG baru ini!

Next Post

Mobile Legends ajak sambut ‘7th Anniversary Celebration’! Hero Assassin baru Nolan akan muncul!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
Mobile Legends ajak sambut ‘7th Anniversary Celebration’! Hero Assassin baru Nolan akan muncul!

Mobile Legends ajak sambut '7th Anniversary Celebration'! Hero Assassin baru Nolan akan muncul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd