Hari ini, Yes 5G dengan kerjasama NVIDIA telah mengumumkan bahawa servis cloud gaming, GeForce NOW kini tersedia secara rasmi untuk semua rakyat Malaysia!
Buat mereka yang tidak tahu, NVIDIA GeForce NOW yang dikuasakan oleh Yes 5G ialah perkhidmatan cloud gaming yang membolehkan pemain menstrim game PC kegemaran terus daripada cloud tanpa memerlukan perkakasan yang mahal dan muat turun yang memakan masa.
Dengan penekanan kuat pada prestasi tinggi dan latency rendah, Geforce NOW memberikan kemudahan dan kebolehaksesan yang belum pernah ada sebelum ini kerana perkhidmatan itu boleh diakses pada mana-mana peranti, tidak kira sama ada daripada PC, laptop, TV pintar, Mac atau peranti mudah alih.
Sebagai tambahan, komuniti gaming Malaysia juga dapat mengakses lebih banyak game berbanding sebelum ini dan berhubung dengan pemain lain di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif YIL Communications, Wing K. Lee, berkata bahawa masa depan gaming telah tiba. Menurutnya;
“NVIDIA GeForce NOW yang dikuasakan oleh Yes 5G ialah “game-changer” untuk industri gaming Malaysia. Kami berbangga untuk melancarkan perkhidmatan ini secara rasmi kepada gamer Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan esport tempatan. Perkhidmatan ini memberi kuasa kepada gamer untuk memecahkan diri daripada dirantai limitasi perkakasan, dan membawa mereka ke alam di mana keseronokan tiada batasnya.”
Info langganan dan harga
Pelan langganan bermula serendah RM30.00 sebulan bagi pelanggan Yes 5G, dan RM50.00 sebulan untuk bukan pelanggan Yes 5G. Ciri pelan termasuk permainan berterusan sehingga enam jam setiap sesi, akses kepada game percuma dan lebih 1,600 game yang pemain boleh beli daripada platform lain seperti Steam, Epic Games Store, Ubisoft dan banyak lagi.
Baca laman web rasmi untuk info lanjut.
Roadshow menarik
Sempena pelancaran rasmi GeForce NOW di Malaysia, sesiapa yang berdekatan Lembah Klang boleh melawati roadshow khas untuk mengalami servis GeForce NOW dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti mesin gacha, ‘spin the wheel’ dan photo booth. Anda juga boleh menangkap gambar bersama cosplayer dan streamer kegemaran di sana.
- Tarikh: 10 Jun 2023 (Sabtu) hingga 11 Jun 2023 (Ahad)
- Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
- Lokasi: Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur @ Entrance Foyer, Ground Floor
Baca segala berita kami tentang GeForce NOW di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post