Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Lies of P kini sedia untuk muat turun, akan keluar 19 September 2023 [SGF 23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2023
in Action, Artikel, Berita, Demo, Livestream, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo Lies of P kini sedia untuk muat turun, akan keluar 19 September 2023 [SGF 23]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Neowiz dan Round8 Studio mengumumkan bahawa RPG aksi soulslike ‘Lies of P‘ rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 September manakala sebuah demo kini tersedia di semua platform untuk pemain mencuba.

Demo ini memberi akses awal pemain kepada dua bab pertama dalam Lies of P, termasuk pertarungan bos yang mencabar, pengenalan kepada watak utama dan kawasan unik untuk diterokai. Demo ini menampilkan gameplay selama berjam-jam dan membolehkan pemain menerokai kawasan hab utama permainan secara bebas — Hotel Krat.

Kredit: Round8 Studio

Diinspirasikan daripada kisah Pinocchio, Lies of P ialah game aksi Soulslike berlatarkan dunia Belle Epoque yang kejam dan gelap.

Anda bangun di stesen kereta api terbiar di Krat, sebuah bandar yang diliputi oleh kegilaan dan darah. Di hadapan anda terdapat satu nota yang bertulis:

“Cari Mr. Geppetto. Dia ada di sini di bandar.”

Bermain sebagai Pinocchio, seorang boneka mekanikal, dan berjuang melalui segala-galanya untuk mencari orang misteri ini. Tetapi jangan mengharapkan apa-apa bantuan di sepanjang jalan dan jangan membuat kesilapan dengan mempercayai sesiapa.

Anda mesti sentiasa berbohong kepada orang lain jika berharap untuk menjadi manusia. Bimbing Pinocchio dan alami perjalanan untuk menjadi manusia.

Sinopsis

Ciri-ciri utama

Kredit: Round8 Studio

Quest “membohong” dengan pelbagai kesimpulan – Alami quest berbeza bergantung pada cara anda berbohong. Pilihan ini kemudian akan mempengaruhi cara cerita itu berakhir.

Sistem Pembuatan Senjata – Anda boleh menggabungkan senjata dalam pelbagai cara untuk mencipta sesuatu yang baharu sama sekali. Kaji untuk mencari kombinasi terbaik dan cipta sesuatu yang benar-benar istimewa.

Sistem Skill istimewa – Memandangkan Pinocchio adalah anak patung, anda boleh menukar bahagian badannya untuk mendapatkan skill baharu. Tetapi tidak semua upgrade untuk pertempuran, ia juga boleh menyediakan beberapa ciri unik dan berguna lain.

Info pre-order

Kredit: Round8 Studio

Pre-order untuk edisi standard digital disertakan dengan outfit “Mischievous Puppet’s Set“, manakala edisi deluxe menambah outfit “Great Venigni’s Set“, topeng unik dan memberikan akses tiga hari lebih awal untuk mencuba game.

Versi fizikal dipersembahkan dalam collector’s box yang diilhamkan oleh SteelBook eksklusif bersama buku seni sebanyak 92 halaman. Item digital bonus termasuk runut bunyi original dan outfit “The Great Venigni’s Set” serta topeng unik untuk dipakai ke festival.


Lies of P’ akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 September. Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.

Tags: DemoLies of PSGF 23
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII: Ever Crisis Akan Hadir ke iOS & Android, Ujian Beta Dijadualkan pada 9 Hingga 29 Jun! [SGF 23]

Next Post

Sekuel Final Fantasy VII Rebirth akan keluar awal 2024, trailer pertama dipamerkan! [SGF 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Sekuel Final Fantasy VII Rebirth akan keluar awal 2024, trailer pertama dipamerkan! [SGF 23]

Sekuel Final Fantasy VII Rebirth akan keluar awal 2024, trailer pertama dipamerkan! [SGF 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd