Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Clair Obscur: Expedition 33 – Panduan untuk Beginner

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Panduan, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Clair Obscur: Expedition 33 – Panduan untuk Beginner
Share on FacebookShare on Twitter

Clair Obscur: Expedition 33 merupakan single-player RPG yang agak mudah untuk difahami, tetapi ada beberapa petua berguna yang boleh membantu anda lebih bersedia, terutamanya dalam aspek combat dan kemajuan permainan. Sesetengah perkara mungkin nampak remeh, namun ramai pemain cenderung untuk mengabaikannya atau tidak menggunakannya secara efektif. Berikut ialah panduan kami untuk Clair Obscur: Expedition 33.

Penerokaan Sangat Penting

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kalau anda pernah baca reviu kami, anda mungkin tahu bahawa elemen penerokaan dalam Clair Obscur: Expedition 33 bukanlah yang paling menonjol. Namun begitu, itu tidak bermakna anda patut abaikan bahagian ini—sebaliknya, banyak manfaat yang boleh diperoleh jika anda meneroka dengan lebih teliti daripada hanya mengejar jalan cerita utama.

Memandangkan kembali semula ke kawasan lama boleh mengambil masa, amat disarankan untuk betul-betul menyelongkar setiap kawasan baharu sehingga anda yakin tiada apa lagi yang tertinggal.

Selain menemui sumber penting bagi menguatkan watak anda, penerokaan menyeluruh juga boleh membuka rahsia tersembunyi seperti boss fight optional yang menjanjikan ganjaran lumayan.

Cabaran-cabaran ini boleh menjadi sangat sukar—terutamanya apabila menghampiri penghujung permainan—jadi pastikan pasukan anda cukup kuat dan bersedia untuk menghadapi pertempuran yang lebih mencabar.

Memahami Gaya Permainan Setiap Watak

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Mengetahui asas pertempuran sahaja tidak cukup jika anda ingin benar-benar menguasai sistem combat dalam game ini. Apa yang lebih penting ialah memahami mekanik pertempuran unik setiap watak. Setiap karakter yang boleh dimainkan memiliki peranan dan kelebihan tersendiri, menjadikan mereka lebih efektif dalam situasi yang berbeza.

Contohnya, protagonis utama, Gustave, dilengkapi dengan lengan prostetik yang boleh menghasilkan serangan elektrik dikenali sebagai Overcharge. Untuk memaksimumkan keberkesanan serangan ini, anda perlu mengisi tolok khasnya dengan melakukan aksi seperti menyerang, dodge, dan parry.

Overcharge yang digunakan pada masa yang tepat boleh mengubah keseluruhan rentak pertempuran—bukan sahaja kerana damage yang tinggi, tetapi juga kerana keupayaannya untuk stagger musuh.

Dan itu baru satu watak—setiap ahli pasukan mempunyai sistem unik tersendiri. Jadi, daripada memilih skil secara rambang, lebih baik anda fokus pada susunan pasukan dan sinergi yang paling mantap.

Jangan Terlalu Bergantung pada Parry

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Clair Obscur: Expedition 33 membawakan sistem combat reaktif yang menggalakkan pemain menyesuaikan diri secara langsung dalam setiap situasi, bukannya hanya bergantung pada taktik semata-mata. Namun begitu, pendekatan ini boleh menjadikan aksi parry atau dodge agak mencabar bagi sesetengah pemain.

Parry memang memberi ganjaran yang tinggi, tetapi masa tindak balasnya sangat ketat dan kadangkala tidak berlaku seperti yang dijangka—walaupun anda rasa anda telah menekan pada masa yang tepat.

Kalau anda masih belum mahir dengan parry, dodge ialah pilihan yang lebih selamat dan mudah. Kedua-dua gerakan ini penting untuk mengelak serangan, terutamanya kerana musuh boleh memberi damage yang besar dalam satu giliran.

Selain daripada itu, berikut beberapa petua tambahan untuk bantu anda bertahan dalam pertempuran:

  • Ramai musuh mempunyai titik lemah yang boleh disasarkan menggunakan serangan Free Aim. Gunakan AP anda di awal pertarungan untuk menyasarkan bahagian ini dan dapatkan kelebihan awal.
  • Ada musuh yang datang dengan perisai tambahan di atas HP mereka. Setiap serangan biasa hanya memecahkan satu lapisan perisai. Jadi daripada membazirkan giliran dengan serangan kuat, gunakan Free Aim—lebih jimat AP dan lebih efektif.
  • Teliti penerangan setiap skil dengan baik. Ada skil yang nampak serupa, tapi fungsinya sangat berbeza—terutamanya bila anda cuba mencetuskan efek status atau menjimatkan penggunaan AP.
  • Dan jika anda gagal parry semasa kombo musuh, jangan paksa untuk teruskan. Tukar segera kepada dodge bagi elakkan damage. Serangan balas melalui parry hanya akan berlaku jika anda berjaya menahan setiap pukulan dalam satu kombo—terlepas satu saja, anda akan kehilangan peluang tersebut.
Kredit: Bandai Namco Entertainment

Grinding Sebenarnya Berbaloi

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Ya, saya tahu—aktiviti grinding boleh jadi membosankan untuk sesetengah pemain. Tapi dalam Clair Obscur: Expedition 33, ia cukup seimbang. Walaupun hanya berlawan dengan musuh biasa, anda masih dapat EXP yang memuaskan, jadi anda tak perlu luangkan berjam-jam hanya untuk naik level.

Walaupun jumlah EXP yang diperoleh akan berubah mengikut kemajuan, pemain yang memang suka grind pasti akan rasa sistem ini memuaskan dan berbaloi.

Manfaatkan Sistem Pictos dan Lumina Sepenuhnya

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Pictos dan Lumina berfungsi sebagai sistem pelengkap untuk memperkuatkan watak anda. Ia mungkin nampak rumit pada awalnya, tapi konsep asasnya mudah: Pictos ialah item seperti gear yang beri buff tertentu.

Bila anda naikkan level Pictos ini, buff tersebut boleh dipindahkan kepada watak lain tanpa perlu dipakai secara fizikal—di sinilah Lumina memainkan peranannya.

Sebelum memilih buff, anda perlu lihat berapa banyak mata Lumina yang dimiliki setiap watak. Buff yang lebih kuat akan guna lebih banyak Lumina, jadi pastikan anda pilih dengan strategi.

Cara paling berkesan ialah beri Pictos kepada watak yang benar-benar boleh manfaatkan buff tersebut berdasarkan gaya permainan mereka. Bila Pictos dah cukup level, anda boleh pilih sama ada untuk tukar kepada yang lain atau pindahkan buffnya ke watak lain dengan sistem Lumina.

Jangan Abaikan Curator

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Apabila anda cukup jauh dalam cerita dan bertemu dengan Maelle, anda juga akan berjumpa dengan NPC bernama Curator. Dia menawarkan beberapa servis penting seperti naik taraf senjata, pengurusan mata Lumina, dan item consumable yang berguna.

Sebenarnya, Curator mungkin jauh lebih penting daripada Merchant biasa, jadi pastikan anda kunjungi dia setiap kali anda dirikan Camp sepanjang perjalanan.


Harap panduan ini cukup untuk membantu korang dalam Clair Obscur: Expedition 33. Game ini berada di PS5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Epic Games Store). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Clair Obscur: Expedition 33Panduan
ShareTweetSend
Previous Post

Jewel Changi Airport Umum Art Installation ‘Mario Kart’ Pertama di Asia Tenggara Bersama Kedai Pop-Up Nintendo

Next Post

Genshin Impact Version 5.6 “Paralogism” Akan Dilancarkan 7 Mei Bersama Dua Watak Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Genshin Impact Version 5.6 “Paralogism” Akan Dilancarkan 7 Mei Bersama Dua Watak Baharu!

Genshin Impact Version 5.6 "Paralogism" Akan Dilancarkan 7 Mei Bersama Dua Watak Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd