Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

2K mengumumkan bahawa Civilization: Eras & Allies, game mobile strategy terbaru yang diinspirasikan daripada francais ikonik Sid Meier’s Civilization, telah mencatat lebih 700,000 pra-pendaftaran — satu pencapaian luar biasa sebelum pelancaran globalnya pada bulan Jun untuk peranti iOS dan Android.

Angka ini mencerminkan keterujaan yang semakin tinggi terhadap entri baharu kepada siri permainan yang begitu digemari ramai ini.

Dengan mencecah 700,000 pra-pendaftaran, pemain kini telah membuka tahap ganjaran pertengahan, di mana semua yang telah mendaftar akan menerima 1,000 Gold — mata wang premium dalam game — selain hadiah-hadiah sebelum ini seperti Gold, XP, dan sumber strategik yang diperoleh pada pencapaian 100,000 dan 300,000 pra-pendaftaran.

Semua ganjaran ini akan memberikan kelebihan awal kepada pemain dalam membina empayar mereka apabila game dilancarkan. Pra-pendaftaran masih dibuka di App Store dan Google Play Store, dan lebih banyak kejutan serta hadiah tambahan dijanjikan menjelang tarikh pelancaran.

Kredit: 2K

Civilization: Eras & Allies ialah game strategi 4X (explore, expand, exploit, exterminate) percuma untuk dimainkan, yang direka khas untuk peminat strategi sosial. Diterbitkan oleh 2K, ia menawarkan pengalaman MMO masa nyata yang unik berasaskan formula Civilization, menggabungkan pengurusan empayar, kepimpinan legenda, dan penaklukan bermusim yang dinamik.

Pemain boleh memilih untuk membimbing tamadun seperti Greece, China, atau Mesir, masing-masing diketuai tokoh sejarah terkenal seperti Julius Caesar atau Sun Tzu, sambil meneroka era-era sejarah yang berbeza.

Kredit: 2K

Sistem kemajuan berbilang era membolehkan pemain membuka teknologi baharu, memperkenalkan unit-unit ketenteraan baru, dan merancang strategi mengikut perkembangan empayar mereka. Game ini juga memfokuskan pada pembentukan pakatan antara pemain, membolehkan sehingga 200 pemain bekerjasama, merebut wilayah, dan berlumba-lumba untuk menguasai keajaiban purba seperti Great Pyramids.

Pertempuran strategi masa nyata, pengurusan sumber yang mendalam, serta cabaran bermusim menambah kedalaman dan daya tarik untuk dimainkan semula, manakala pembelian dalam game yang bersifat opsional menawarkan pilihan customization tambahan.

Kredit: 2K

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pra-pendaftaran, pemain boleh mengunjungi laman web rasmi permainan.

Tags: Civilization: Eras & Allies
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Umum DualSense Limited Edition – Death Stranding 2: On the Beach!

Next Post

TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

TAL: The Arcane Lands - AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd