Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man: Senarai Devil Terkuat Dalam Siri Buat Masa Ini!

Maira by Maira
February 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Chainsaw Man: Senarai Devil Terkuat Dalam Siri Buat Masa Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Chainsaw Man membawa kita melihat Denji dan sekumpulan Devil Hunter memburu Devil yang membuat huru-hara di dunia mereka. Dalam banyak-banyak devil yang muncul dalam siri, sudah tentu ada yang lebih kuat berbanding yang lain. Jom kita lihat, devil mana yang berkuasa dalam siri Chainsaw Man buat masa ini.

Senarai devil ini mempunyai spoiler manga Chainsaw Man, jadi kalau anda ingin membacanya, klik sahaja spoiler bar di bawah!

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!!!

Chainsaw Devil

Chainsaw Man Devil

Devil yang fokus kepada ketakutan gergaji rantai. Sepanjang siri kuasa Chaisaw Devil ini digunakan oleh Denji selepas Pochita menjadi pengganti jantungnya. Sudah namanya gergaji rantai, devil ini boleh mengeluarkan gergaji daripada anggota badannya. Walaupun kuasa gergaji rantainya bunyi seperti biasanya, tetapi dia boleh melenyapkan kewujudan devil dengan memakan mereka. Sebab inilah Chainsaw Devil sering diburu.

Control Devil

Chainsaw Man Devil

Seperti namanya, devil ini mampu mengawal segala-galanya termasuklah manusia, haiwan, devil mahupun kematian. Daripada awal siri lagi devil ini sudah ada cuma rupa asalnya tidak pernah ditunjukkan. Control Devil hanya digunakan oleh Makima sepanjang siri dan hanya Kishibe sahaja yang mengetahui personaliti sebenarnya.

Kalau anda ingin tahu, Control Devil antara “Four Horsemen” yang merupakan sekumpulan devil kuat yang telah berlawan dengan Pochita di Neraka. Tetapi mereka telah berpecah dan inginkan kuasa Pochita untuk keinginan sendiri.

Gun Devil

Chainsaw Man Devil

Devil ini sememangnya mendapat perhatian ramai apabila ia mampu membunuh lebih daripada sejuta manusia dalam masa lima minit sahaja! Antara yang terbunuh oleh devil ini ialah keluarga Aki semasa kejadian tersebut berlaku. Tubuh Devil ini akhirnya dipisahkan dan 63% tubuhnya diberikan kepada beberapa buah negara manakala selebihnya berada dalam tangan devil lain di seluruh dunia.

Dalam manga, kita telah melihat betapa kuatnya 20% Gun Devil yang digunakan oleh Amerika untuk membunuh Makima. Bayangkan jika devil ini mempunyai kuasa 100%, pasti lebih banyak kerosakan yang berlaku.

Darkness Devil

Chainsaw Man Devil

Untuk pengetahuan anda, Darkness Devil antara devil terawal yang wujud dan hanya berada di neraka. Seperti yang ditunjukan dalam manga, kita melihat Darkness Devil boleh memberikan tekanan yang tinggi serta menyebabkan pendarahan. Bukan setakat itu sahaja, dia juga mampu mengawal kegelapan malah persekitarannya.

War Devil

Chainsaw Man Devil

Salah satu daripada “Four Horsemen” dan kini berada dalam badan Asa Mitaka. War Devil atau Yoru mampu menghasilkan senjata daripada pelbagai benda termasuklah anggota badan manusia. Contohnya seperti tulang belakang cikgu Tanaka semasa War Devil diperkenalkan. Kekuatan senjata tersebut dipengaruhi oleh rasa bersalah Yoru mahupun Asa semasa menciptanya.

Hell Devil

Ketakutan kepada neraka memang satu konsep yang biasa kepada manusia maka wujudlah Hell Devil di dunia fiksyen ini. Dia boleh teleport manusia mahupun devil ke dalam neraka. Memandangkan neraka itu sendiri seperti kampung halaman Devil, mungkin ia tidak memberikan impak yang begitu besar kepada mereka. Tetapi kuasa sebenarnya masih lagi belum didedahkan. mungkin kita akan mengetahuinya pada masa akan datang.

Angel Devil

Berbeza dengan Devil lain, Angel Devil boleh menyerap jangka hayat manusia dengan hanya menyentuh mereka. Menggunakan jangka hayat tersebut, dia boleh mencipta senjata yang diinginkan.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda hari ini. Siri anime Chainsaw Man kini boleh ditonton di pelbagai platform penstriman. Manga juga tersedia secara percuma untuk dibaca melalui MangaPlus. Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Chainsaw ManDevil
Previous Post

Siapakah M.O.D.O.K? Penjelasan ringkas mengenai MODOK dalam versi komik & MCU!

Next Post

Adaptasi Anime “PLUTO” Dedahkan Teaser Pertama! Akan Strim di Netflix Pada 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Adaptasi Anime “PLUTO” Dedahkan Teaser Pertama! Akan Strim di Netflix Pada 2023!

Adaptasi Anime "PLUTO" Dedahkan Teaser Pertama! Akan Strim di Netflix Pada 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd