Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Adaptasi Anime “PLUTO” Dedahkan Teaser Pertama! Akan Strim di Netflix Pada 2023!

Maira by Maira
February 15, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Adaptasi Anime “PLUTO” Dedahkan Teaser Pertama! Akan Strim di Netflix Pada 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga popular, PLUTO telah mendapat video teaser untuk adaptasi anime yang bakal ditayangkan di Netflix tahun ini. Adaptasi anime tersebut dihasilkan oleh GENCO bersama-sama M2STUDIO.

Kalau anda ingin tahu, PLUTO merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Naoki Urasawa (20th Century Boys, Yawara!, Master Keaton) bersama Takashi Nagasaki pada 2003. Manga tersebut berdasarkan siri Astro Boy semasa arc “The Greatest Robot on Earth” yang diterbitkan pada 1964.

PLUTO berlaku di sebuah dunia neo-futuristik, di mana manusia dan robot hidup dalam harmoni. Manga yang diiktiraf di peringkat global ini telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Tezuka Osamu Cultural Prize. Adaptasi stage play 2015 PLUTO kembali pada 2018 disebabkan permintaan popular.

pluto anime

Berikut adalah sinopsis siri:

Terkenal dengan perkhidmatan tenteranya dalam Perang Asia ke-39, robot Switzerland legenda Montblanc dibunuh dengan kejam. Manusia dan robot di seluruh dunia berkabung untuk selebriti yang dikasihi. Populariti Montblanc hanya meningkat bertahun-tahun selepas perang, berkat dedikasinya terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan keperibadiannya yang penyayang.

Pernah menjadi rakan veteran perang, robot detektif Europol Gesicht dihantar untuk menyiasat kematian tragis Montblanc. Dalam usahanya, Gesicht menemui bukti entiti misteri yang hanya dikenali sebagai “Pluto.” Dia juga mengetahui plot konspirasi untuk membongkar lapan robot khusus dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam perang. Berlumba melawan masa untuk menyelamatkan mereka yang masih kekal, Gesicht bergelut dengan ingatan, moral, dan dunia yang penuh dengan kebencian, berusaha bermati-matian untuk mempertahankan kewujudan bersama yang rapuh antara manusia dan mesin.

pluto anime

Buat masa ini hanya tiga pelakon suara watak yang telah diperkenalkan untuk anime PLUTO iaitu:

  • Gesicht: Shinshu Fuji
  • Atom: Yoko Hikasa
  • Uran: Minori Suzuki

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: netflixPLUTO
Previous Post

Chainsaw Man: Senarai Devil Terkuat Dalam Siri Buat Masa Ini!

Next Post

XDefiant mengadakan “Cross-Play Insider Session” bermula 16 Februari 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Mobile

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

July 21, 2026
Next Post
XDefiant mengadakan “Cross-Play Insider Session” bermula 16 Februari 2023!

XDefiant mengadakan "Cross-Play Insider Session" bermula 16 Februari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd