Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara Unik Isekai dalam Siri Anime Selain daripada Truck-kun!

Maira by Maira
July 10, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Manga, Senarai
0 0
0
Cara Unik Isekai dalam Siri Anime Selain daripada Truck-kun!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini, siri isekai menjadi satu genre anime yang digemari ramai. Setiap musim pasti ada sahaja tajuk anime isekai yang akan dikeluarkan. Kalau anda perasan, anime isekai ada “corak” yang sama. Maksud kami, kalau sesuatu watak kena isekai, pasti mereka kena langgar dengan lori yang muncul secara tiba-tiba. Tetapi ada cara unik lain yang boleh menghantar watak-watak ini ke dunia lain selain daripada lori tadi. Jom kita lihatnya!

1. Masuk dalam mangkuk tandas

Sumber: Studio Deen

Selalu kalau cerita kena buli, mesti berlaku di tandas. Watak kita daripada siri Kyou Kara Maou!, Yuri Shibuya yang dibuli oleh rakan sekelasnya telah dimasukkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas. Tetapi lain pula yang jadi, apabila dia telah disedut ke dalam sebuah portal dalam tandas tersebut, yang membawanya ke sebuah dunia lain. Lain macam betul cara watak ini kena isekai.

2. Penat melampau

Siapa sahaja yang tidak penat setelah bekerja seharian, betul tidak? Kalau anda pembaca manhwa, mesti anda akan jumpa banyak siri yang wataknya terlampau penat, dan apabila mereka terjaga daripada tidur, mereka telah berada di sebuah dunia lain dengan identiti lain. Selepas itu, kita akan lihat bagaimana mereka cuba menyesuaikan diri mereka dalam dunia baharu tersebut.

3. Tiba-tiba kena teleport

Sumber: White Fox

Tiada angin, tiada ribut, tahu-tahu kena hantar pergi ke dunia lain. Kalau dalam siri Re:Zero, Subaru cuma celik mata sahaja. Tiba-tiba dia berada di dunia lain. Ada beberapa lagi siri lain yang teleport watak utama ke dunia lain secara mengejut. Sebagai contoh, The Master of Ragnarok and Blesser of Einherjar, di mana watak utama cuma mengambil selfie.

5. Ditindih dengan buku

Sumber: Ajia-do

Bila anda hanya ingin satu buku daripada rak paling atas, habis semua buku jatuh atas anda menyebabkan anda kena isekai. Inilah yang berlaku kepada Urano Motosu, watak utama dalam siri Ascendance of a Bookworm. Dia hanyalah seorang ulat buku biasa yang obses dengan buku. Yang kelakarnya, dunia yang dia isekai pula, bahan bacaan hanya terhad kepada ahli diraja.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Cara isekai mana yang anda rasa unik? Boleh kongsikannya melalui komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: ISEKAIIsekai anime
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover 364 – 2 mangsa terkorban di Witch Forest, Black Bull masih bertarung nyawa!

Next Post

Pendaftaran RedGames Jam kini dibuka, Bakal dianjurkan oleh airasia Superapp pada 28 – 30 Julai!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Pendaftaran RedGames Jam kini dibuka, Bakal dianjurkan oleh airasia Superapp pada 28 – 30 Julai!

Pendaftaran RedGames Jam kini dibuka, Bakal dianjurkan oleh airasia Superapp pada 28 - 30 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd