Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Campaign ADD-ON pertama Borderlands 3, Moxxi’s Heist of The Handsome Jackpot dijadualkan untuk 20 December 2019!

Story DLC baru, patch update, Free Weekends, dan lain-lain.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Campaign ADD-ON pertama Borderlands 3, Moxxi’s Heist of The Handsome Jackpot dijadualkan untuk 20 December 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Moxxi’s Heist of The Handsome Jackpot telah diumumkan secara rasmi sebagai campaign add-on pertama untuk Borderlands 3, dan akan dilancarkan pada 20 Disember di Asia. Anda boleh tonton trailer terbaru di bawah!

Saya terangkan secara ringkas.. Moxxi akan merekrut anda untuk menawan sebuah stesen angkasa yang dibina oleh Handsome Jack ketika dia masih presiden kepada korporasi Hyperion. Ia dinamakan Handsome Jackpot dan telah menjadi tempat perjudian paling gila di galaksi serta dipenuhi dengan pelbagai model Hyperion Loader Bots yang bahaya dan looters gila yang telah terperangkap sejak kematian Jack. Berikut adalah rumusan:

  • Terokai destinasi baru yang mewah dengan zon unik yang sinonim gaya hidup Handsome Jack;
  • Sertai krew Moxxi dan menyelesaikan pelbagai misi kempen yang mendebarkan;
  • Bongkarkan rahsia di sebalik The Handsome Jackpot melalui misi sampingan dan Crew Challenge;
  • Bertarung dengan askar Hyperion, termasuk musuh yang baru sahaja diperkenalkan dan boss gergasi;
  • Sempurnakan gear loadout Vault Hunter anda dengan senjata dan gear Legendary baru;
  • Luaskan koleksi kosmetik anda dengan lebih banyak item customization, termasuk skin Vault Hunter, weapon trinket, skin ECHO Device, dan emote baru.

Moxxi’s Heist of The Handsome Jackpot diselaraskan untuk watak-watak yang sekurang-kurangnya level 13, tetapi akan secara automatik meningkat supaya Vault Hunter yang level tinggi boleh mencabar diri dan mencari loot yang sesuai. Untuk mendapat akses kepada kandungan ini, anda perlu unlock Sanctuary III, home base yang anda dapatkan pada akhir prologue kempen. Sebagai peringatan, Moxxi’s Heist of The Handsome Jackpot adalah DLC yang pertama daripada empat bahagian untuk Borderlands 3, dan ia termasuk di Season Pass dan Borderlands 3 Super Deluxe Edition.

 

1 of 4
- +

Walaupun kempen ini tidak dilancarkan sehingga 20 Disember, content update percuma seterusnya: Takedown at the Maliwan Blacksite dan Mayhem 4 akan keluar tidak lama lagi di patch akan datang.

Takedown at the Maliwan Blacksite adalah raid-style challenge baru yang dikhususkan untuk co-op party yang terdiri daripada empat watak max-level, dengan respawn yang terhad untuk memberi cabaran yang jauh lebih dahsyat manakala Mayhem 4 memberi nafas baru kepada Mayhem Mode dengan membuang semua penalti pemain dan sebaliknya meletak hanya dua modifier rawak: satu memberi bonus kepada pemain dan satu lagi memberi bonus kepada musuh. Ia juga menawarkan gear Legendary eksklusif yang hanya akan jatuh apabila Mayhem 4 diaktifkan. Patch terbaru juga akan membawa perubahan berikut:

  • Setiap boss akan mempunyai loot pool sendiri supaya anda dapat farm dengan lebih cekap untuk item Legendary yang diingini;
  • Bank Space maksimum akan ditingkatkan dari 50 hingga 300 slot, SDU yang meningkatkan saiz bank anda boleh dibeli dari Marcus di Sanctuary III;
  • Sebuah Target Dummy yang memakai topeng akan dipasang di shooting range Sanctuary III supaya anda boleh menguji senjata;
  • Vending machine baru akan dikeluarkan di beberapa tempat dalam peta;
  • Pemain akan melihat peningkatan prestasi keseluruhan UI.

Akhir sekali, Gearbox mengumumkan Mayhem 2.0, pelan jangka panjang untuk merombak Mayhem Mode dengan lebih banyak sokongan UI, modifier baru yang boleh mengubah permainan dengan lebih dramatik, playlist baru, ganjaran baru, dan level tambahan. Maklumat lanjut tentang Mayhem 2.0 boleh didapati tahun depan.

 

1 of 2
- +

Dapatkan sekarang di laman web rasmi mereka.

Muat turun di sini
Borderlands 3
Publisher: 2K Games
Developer: Gearbox Software
Release Date: 2019-09-13
Epic Games Store, Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Borderlands 3 ialah judul action role-playing FPS keempat dalam siri Borderlands. Plot jalan cerita adalah untuk menghalang kembar jahat terkenal, Troy dan Tyreen Calypso, dari memanfaatkan kuasa Vault asing yang tersebar di sekitar galaksi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 3campaign add-oncontent updateDLCMayhem 4Moxxi's Heist of The Handsome JackpotTakedown at the Maliwan Blacksite
Previous Post

HONOR melancarkan HONOR 9X dengan Paparan FullView Luar Biasa bersama spesifikasi yang mengagumkan!

Next Post

Mencari laptop ringan dan mudah dibawa? Memperkenalkan Acer Switft 5 Ultra Light 14″ terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Mencari laptop ringan dan mudah dibawa? Memperkenalkan Acer Switft 5 Ultra Light 14″ terbaru!

Mencari laptop ringan dan mudah dibawa? Memperkenalkan Acer Switft 5 Ultra Light 14" terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd