Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Callum Vinson Ialah Atreus Dalam Siri Live-Action ‘God of War!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2026
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Callum Vinson Ialah Atreus Dalam Siri Live-Action ‘God of War!’
Share on FacebookShare on Twitter

Prime Video mengumumkan bahawa Callum Vinson telah dipilih untuk memegang watak utama sebagai Atreus dalam siri live-action God of War.

Callum Vinson will play Atreus in the God of War series for Prime Video. pic.twitter.com/5trCmCb3kL

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) February 9, 2026

Dalam adaptasi era Norse berdasarkan game asal pada 2018, Atreus ialah anak lelaki berusia sepuluh tahun kepada pahlawan Spartan legenda, Kratos.

Menghabiskan seluruh hidupnya di sebuah pondok hutan terpencil di bawah jagaan ibunya, Faye, Atreus merupakan seorang pakar pemanah yang mempunyai hubungan dengan alam semula jadi serta perasaan ingin tahu yang tinggi tentang dunia di luar rumahnya.

Siri ini bermula selepas kematian Faye, yang meninggalkan Atreus di bawah jagaan bapanya yang selama ini bersikap dingin.

Semasa mereka memulakan perjalanan berbahaya untuk menyebarkan abu mayat Faye dari puncak tertinggi di seluruh alam, drama ini akan meneroka konflik dan perkembangan hubungan mereka: di mana Kratos bergelut untuk mengajar anaknya cara menjadi seorang dewa, manakala Atreus pula mengingatkan bapanya tentang erti menjadi seorang manusia.

Ryan Hurst will play Kratos in the live action God of War series on Amazon. pic.twitter.com/eS8miS6GXN

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) January 14, 2026

Berikut adalah senarai barisan pelakon lain:

  • Ryan Hurst (Sons of Anarchy) memegang watak Kratos.
  • Mandy Patinkin (Homeland) sebagai Odin (All-Father).
  • Ólafur Darri Ólafsson bakal melakonkan watak God of Thunder, Thor.
  • Alastair Duncan membawa watak Mimir, kepala yang terputus dan juga sumber kebijaksanaan.
  • Barisan pelakon lain termasuk Teresa Palmer sebagai Sif, Max Parker sebagai Heimdall, Jeff Gulka sebagai Sindri, dan Danny Woodburn sebagai Brok.

Severance's Ólafur Darri Ólafsson will play THOR in the God of War live action show for Prime Video. pic.twitter.com/b1FYHgGx3S

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) January 29, 2026

Mandy Patinkin will play ODIN in the God of War live action series. pic.twitter.com/hWCtkbFhWV

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) January 29, 2026

Alastair Duncan will reprise his role as Mimir in the God of War TV series. pic.twitter.com/3CxgdlqTHy

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) January 30, 2026

Mengambil kira populariti bahan asal, Prime Video menunjukkan keyakinan mereka terhadap projek ini dengan memberikan tempahan terus untuk dua musim. Pra-produksi kini sedang dijalankan di Vancouver.

Sesi pemilihan pelakon untuk watak sampingan masih lagi dijalankan.

Tags: God Of War
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Stories 3 – Pemain Temui Cara Dapatkan Monstie ‘End-Game’ Dalam Demo!

Next Post

Previu Pokémon Pokopia – Life Simulation Kasual Yang Utamakan Kreativiti Bersama Pokémon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Previu Pokémon Pokopia – Life Simulation Kasual Yang Utamakan Kreativiti Bersama Pokémon!

Previu Pokémon Pokopia - Life Simulation Kasual Yang Utamakan Kreativiti Bersama Pokémon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd