Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Warzone Tamatkan Sokongan Untuk PS4 & Xbox One, Hanya Fokus Pada Current-Gen

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2026
in Artikel, Berita, PS4, Shooter, Xbox One
0 0
0
Call of Duty: Warzone Tamatkan Sokongan Untuk PS4 & Xbox One, Hanya Fokus Pada Current-Gen
Share on FacebookShare on Twitter

Activision telah mengumumkan bahawa sokongan rasmi untuk Call of Duty: Warzone di PlayStation 4 dan Xbox One akan ditamatkan. Keputusan ini dibuat selari dengan pengumuman Call of Duty: Modern Warfare 4 yang akan dilancarkan pada 23 Oktober 2026 sebagai game eksklusif untuk konsol current-gen.

Dilancarkan pada tahun 2020, Warzone meraih kejayaan besar selepas menarik perhatian jutaan pemain ketika pandemik COVID-19. Ini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu game battle royale paling popular dalam industri.

Kini, game tersebut sedang bersiap sedia untuk peralihan struktur yang besar dengan menghentikan sokongan bagi konsol yang pernah melonjakkan namanya.

Activision mengambil pendekatan secara berfasa untuk menghentikan perkhidmatan Warzone pada platform lama bagi memberikan ruang dan masa kepada pemain untuk melakukan peralihan:

  • 4 Jun 2026: Warzone akan dibuang daripada kedai digital PS4 dan Xbox One. Ini bermakna pemain baharu tidak lagi boleh memuat turun game ini. Bagaimanapun, pemain sedia ada yang sudah mempunyai game ini di dalam pustaka mereka masih boleh install dan memainkannya. Pada tarikh ini juga, pembelian menggunakan wang sebenar (seperti COD Points, BlackCell, dan Call of Duty League Operator Packs) akan dikeluarkan daripada menu konsol last-gen dan kedai dalam game.
  • 25 Jun 2026: Kedai dalam game pada PS4 dan Xbox One akan dibuang sepenuhnya.
  • Hujung Tahun 2026 (Modern Warfare 4 Season 1): Game ini tidak lagi boleh dimainkan langsung pada konsol last-gen. Pemain di PS4 dan Xbox One masih boleh bermain sehingga tamatnya Season 6 untuk Call of Duty: Black Ops 7. Namun, sebaik sahaja Modern Warfare 4 Season 1 bermula (yang dijangka tidak lama selepas pelancaran rasmi game tersebut pada bulan Oktober) sokongan akan ditamatkan sepenuhnya.

Activision mengesahkan bahawa semua kemajuan pemain, inventori, dan pembelian yang dibuat menggunakan COD Points akan dipindahkan ke PlayStation 5, Xbox Series X|S, atau PC, dengan syarat pemain menggunakan akaun Activision sama yang telah disambungkan.

Tags: Call of Duty: WarzonePS4Xbox One
ShareTweetSend
Previous Post

Call of Duty: Modern Warfare 4 – Bila Akan Keluar, Perubahan Kepada Gameplay & Kemunculan Pertama Di Switch 2!

Next Post

[Eksklusif] Selepas Era Tekken, Katsuhiro Harada Kongsi Kebebasan Kreatif & Hala Tuju ‘VS Studio’ Di Bawah SNK

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
[Eksklusif] Selepas Era Tekken, Katsuhiro Harada Kongsi Kebebasan Kreatif & Hala Tuju ‘VS Studio’ Di Bawah SNK

[Eksklusif] Selepas Era Tekken, Katsuhiro Harada Kongsi Kebebasan Kreatif & Hala Tuju 'VS Studio' Di Bawah SNK

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd