Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Selepas Era Tekken, Katsuhiro Harada Kongsi Kebebasan Kreatif & Hala Tuju ‘VS Studio’ Di Bawah SNK

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2026
in Artikel, Berita, Eksklusif, Industri, Temuramah
0 0
0
[Eksklusif] Selepas Era Tekken, Katsuhiro Harada Kongsi Kebebasan Kreatif & Hala Tuju ‘VS Studio’ Di Bawah SNK

Kiri ke kanan: Yuichi Yonemori (CCO SNK), Katsuhiro Harada (CEO VS Studio SNK), Yasuyuki Oda (Naib Presiden SNK Studios)

Share on FacebookShare on Twitter

Keputusan Katsuhiro Harada meninggalkan Bandai Namco untuk memimpin VS Studio SNK yang baharu ditubuhkan sebagai CEO benar-benar mengejutkan seluruh komuniti fighting game. Terkenal dengan usahanya selama berdekad-dekad membangunkan IP Tekken, Harada kini sedang merangka hala tuju yang serba baharu.

Katsuhiro Harada (CEO VS Studio SNK) | Kredit: SNK

Dalam satu temu bual eksklusif, kami berpeluang membincangkan peralihan kerjayanya, pandangan jujur beliau mengenai game design, dan masa depan pasukannya yang kini bergerak bebas.

Penubuhan VS Studio SNK, Kebebasan Kreatif, dan Cabaran Sumber Pembangunan

I have launched VS Studio.
Built on the knowledge and passion we have cultivated over many years on the front lines of game development, we are now beginning a new challenge.

VS Studio を立ち上げました。… https://t.co/kvUhnTmfTx

— Katsuhiro Harada (@Harada_TEKKEN) May 12, 2026

Bagi ramai peminat, melihat Harada meninggalkan Bandai Namco—sebuah syarikat yang sudah lama menjadi “rumahnya”—untuk menyertai studio baharu di bawah SNK merupakan satu kejutan besar.

Apabila ditanya tentang reaksi peminat terhadap pengumuman tersebut dan sama ada gembar-gembur itu membawa tekanan yang berat, Harada meluahkan rasa amat bersyukur. Beliau menyifatkan sambutan yang diterima sangat positif, penuh dengan ucapan tahniah, rasa terkejut, dan keterujaan.

Kiri ke kanan: Yuichi Yonemori (CCO SNK), Katsuhiro Harada (CEO VS Studio SNK), Yasuyuki Oda (Naib Presiden SNK) | Kredit: SNK

Namun, beliau segera menyedari keperluan untuk memperbetulkan tanggapan orang ramai mengenai struktur sebenar studio itu.

“Ada yang menyangka ‘Harada sudah menyertai SNK,’ jadi saya rasa penting untuk menjelaskan salah faham ini,” katanya sambil ketawa.

Beliau menegaskan bahawa walaupun VS Studio SNK adalah sebuah anak syarikat, ia bukanlah dimiliki sepenuhnya oleh SNK. Ini bermakna kebebasan kreatif mereka dijamin sepenuhnya. Daripada berasa tertekan dengan harapan komuniti, Harada menyambutnya dengan hati terbuka.

“Daripada melihatnya sebagai satu bebanan, lambakan komen yang dihantar oleh peminat sebenarnya telah menjadikan harapan tersebut sesuatu yang lebih nyata dan bermakna buat saya,” kongsi beliau.

We have been receiving a steady stream of congratulations for VS Studio. It is incredibly encouraging!https://t.co/nbaVchipYt pic.twitter.com/oMigGXBkQN

— Katsuhiro Harada (@Harada_TEKKEN) May 20, 2026

Sudah tentu, menubuhkan sebuah studio dari mula membawa pelbagai cabaran logistik yang besar. Apatah lagi, kos dan masa untuk membangunkan game kini menjadi semakin meningkat dengan setiap peralihan generasi konsol baharu.

Apabila ditanya mengenai sumber pembangunan di VS Studio SNK dan sama ada pasukannya perlu menyesuaikan diri dengan sebarang batasan dari segi ‘production value’, Harada mengakui bahawa mereka masih di peringkat awal.

“Perjalanan kami masih jauh untuk membentuk persekitaran kerja yang ideal,” jelasnya, sambil menambah bahawa beliau belum bersedia untuk berkongsi butiran spesifik mengenai saiz sebenar studio tersebut.

Sungguhpun persediaan masih berjalan, beliau memberi jaminan yang meyakinkan tentang skala sumber mereka dengan menyatakan bahawa studio itu “cukup besar untuk saya merealisasikan apa yang ingin dicapai.”

Perbezaan Mekanik 2D lawan 3D dan Hala Tuju Genre

Memandangkan sejarah panjangnya bersama Tekken, ramai yang mungkin mengandaikan Harada akan membawa falsafah game design yang ketat ke dalam projek masa depannya, ataupun di luar genre fighting game sekalipun. Menariknya, beliau menolak tanggapan tersebut.

“Saya tidak mempunyai apa-apa yang boleh dianggap sebagai falsafah,” tegas Harada. “Walau bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa kami memulakan proses pembangunan dengan sebuah visi yang jelas.”

Visi ini menjadi lebih menarik apabila kita menganalisis cara sebuah fighting game beroperasi. Tekken sangat sinonim dengan penggunaan ruang 3D; menggabungkan elemen seperti sidestepping, arena hazard, dan wall positioning. Sebaliknya, sejarah SNK dibina khusus melalui game 2D fighter.

Memandangkan fighting game moden kini semakin mudah untuk diakses oleh pemain baharu, persoalan sama ada wujud prospek untuk menggabungkan kepakaran 3D Harada dengan pendekatan 2D SNK untuk mencipta sesuatu yang serba baharu dilihat sangat berasas.

Walau bagaimanapun, Harada pantas menekankan perbezaan antara kedua-dua format tersebut. Beliau menjelaskan bahawa game seterusnya tidak semestinya sebuah fighting game, sebelum menambah bahawa 2D dan 3D fighter pada asasnya adalah dua dunia yang berbeza.

“Semakin mendalam anda mengkajinya, semakin mengejutkan apabila melihat kedua-duanya masih diletakkan di bawah genre yang sama. Game 2D dan 3D fighting game benar-benar jauh berbeza.”

Oleh sebab itu, beliau tidak percaya pemain akan melihat satu senario mudah di mana “gameplay dan mekanik akan bergabung dengan begitu sahaja.” Meskipun begitu, beliau sangat optimis dengan kerjasama ini.

Harada yakin bahawa peluang berinteraksi dengan barisan pencipta di SNK akan memberi inspirasi kepada kedua-dua belah pihak untuk “membuka pelbagai kemungkinan baharu.”

Kemungkinan ini mungkin melangkaui apa yang dijangkakan peminat. Berdasarkan latar belakang beliau serta nama “VS Studio” itu sendiri, orang ramai secara meluas mengandaikan projek seterusnya pasti tertumpu kepada sebuah lagi fighting game.

Apabila ditanya sama ada beliau merancang untuk kekal dengan genre fighter atau mahu mencuba genre serba baharu buat pertama kalinya (seperti JRPG) Harada membiarkan jawapan mengenai hala tuju studionya sedikit terbuka.

“Fokus utama kami adalah pada game aksi kompetitif,” sahnya.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa mereka tidak mahu mengongkong kreativiti buat masa ini, dengan menambah:

“Pada ketika ini, kami tidak terlalu mengehadkan diri kepada satu genre tertentu sahaja dan sedia meneroka kemungkinan baharu.”

Spekulasi Projek Baharu, Karya Legasi SNK, dan Hubungan dengan Komuniti

Walaupun dengan fokus yang jelas terhadap game aksi kompetitif, butiran spesifik mengenai projek sulung studio ini masih disimpan kemas.

Ada spekulasi mengenai sama ada pasukan tersebut akan membina IP serba baharu dari mula, atau memanfaatkan karya-karya lama SNK untuk membangunkan game besar seterusnya atau spin-off yang baharu. Apabila ditanya haluan mana yang menjadi pilihan, Harada lebih selesa untuk mengunci mulut.

“Kami belum berada di tahap untuk berkongsi sebarang maklumat,” katanya, namun berjanji bahawa pasukan itu “akan memaklumkan kepada anda semua semula apabila kami sudah bersedia untuk membuat pengumuman.”

Walaupun game itu sendiri masih menjadi tanda tanya, sasaran pemain untuk projek ini sangat jelas. Sebagai seorang penerbit, Harada amat dikenali dengan sifatnya yang mesra dan kerap berinteraksi secara langsung dengan peminat serta komuniti gaming.

Apabila ditanya sama ada gaya interaksi ini mempengaruhi atau memberi inspirasi kepada hala tuju gamenya, beliau mengesahkan betapa pentingnya hubungan tersebut.

“Kami sentiasa menitikberatkan kepuasan dan jangkaan komuniti peminat,” katanya.

Kiri ke kanan: Yuichi Yonemori (CCO SNK), Katsuhiro Harada (CEO VS Studio SNK), Yasuyuki Oda (Naib Presiden SNK) | Kredit: SNK

Akhirnya, beliau percaya bahawa semangat pasukan pembangun dan kehendak pemain saling berkait rapat, dengan menyimpulkan bahawa “sama ada kami benar-benar seronok membangunkan game itu atau tidak, akhirnya ia akan tetap memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak… pengguna mahupun pembangun.”

Tags: EksklulsifinterviuKatsuhiro HaradaVS Studio SNK
ShareTweetSend
Previous Post

Call of Duty: Warzone Tamatkan Sokongan Untuk PS4 & Xbox One, Hanya Fokus Pada Current-Gen

Next Post

Ingin Jadi Pokémon Trainer? Tarikan Realiti Baru Bakal Datang Mulai 2027!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Ingin Jadi Pokémon Trainer? Tarikan Realiti Baru Bakal Datang Mulai 2027!

Ingin Jadi Pokémon Trainer? Tarikan Realiti Baru Bakal Datang Mulai 2027!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd