Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Modern Warfare 4 – Bila Akan Keluar, Perubahan Kepada Gameplay & Kemunculan Pertama Di Switch 2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2026
in Artikel, Battle.net, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Call of Duty: Modern Warfare 4 – Bila Akan Keluar, Perubahan Kepada Gameplay & Kemunculan Pertama Di Switch 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision dan pembangun game Infinity Ward telah mengumumkan Call of Duty: Modern Warfare 4, yang dijadualkan untuk keluar pada 23 Oktober 2026.

Selaku entri terbaru dalam francais ini, ia juga membawakan beberapa perubahan termasuk menjadi game pertama dalam siri ini yang tidak lagi menyokong konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Sebaliknya, Modern Warfare 4 dibangunkan secara khusus untuk sistem current-gen, dan akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, serta Nintendo Switch 2. Kehadirannya di Switch 2 menandakan kali pertama game Call of Duty muncul di platform Nintendo selepas lebih sedekad.

Kempen Melibatkan Krisis di Korea

Mod single-player campaign kali ini beralih ke Semenanjung Korea. Kisahnya bermula apabila Korea Utara melancarkan pencerobohan ke atas Korea Selatan. Pemain akan merasai sendiri situasi huru-hara di barisan hadapan melalui watak Private Park, seorang askar muda Korea Selatan yang pertama kali terlibat dalam perang sebenar.

Watak Park disuarakan oleh Young Mazino, yang terkenal menerusi lakonannya dalam siri Beef dan The Last of Us. Bagi memberikan perspektif perang yang lebih menyeluruh, kempen ini juga akan menampilkan misi yang membolehkan pemain mengawal askar Korea Utara.

Jauh dari barisan hadapan utama, Captain Price yang berdendam telah bergerak secara bersendirian dan beroperasi di luar sistem ketenteraan rasmi.

Price membawa misi peribadi untuk memburu senjata yang cukup kuat untuk menggugat keseimbangan kuasa global, yang akhirnya mengheret beliau ke dalam operasi haram dan pakatan yang tidak dijangka.

Kempen ini menjanjikan pelbagai senario combat di seluruh dunia, termasuklah perang parit di Korea, serbuan SAS di Mumbai, kejar-mengejar di Paris, serta combat jarak dekat di kawasan bandar raya New York.

Multiplayer Termasuk “Ballistic Authority” dan Peta Modular

Infinity Ward memperkenalkan beberapa inovasi dari segi gameplay yang direka khas untuk membuatkn combat multiplayer terasa lebih tepat, lancar dan konsisten.

  • Tiada Lagi Weapon Bloom: Di bawah sistem teknologi baharu yang dipanggil “Ballistic Authority,” pembangun telah membuang penyebaran peluru secara rawak (bloom) semasa menembak tanpa membidik (hipfire). Setiap tembakan akan tepat mengenai sasaran mengikut arah muncung senjata, manakala kesan recoil direka semula untuk bertindak balas dengan lebih tepat berdasarkan input daripada pemain.
  • Kualiti Visi yang Lebih Baik: Ciri depth of field dan kesan visual telah dilaraskan supaya pemain dapat mengesan musuh dengan lebih mudah semasa combat yang huru-hara, tanpa mengorbankan rupa bentuk realistik yang menjadi identiti game ini.
  • Pergerakan Lancar: Aksi pergerakan (seperti melompat halangan, memanjat, bergayut, dan melompat) telah dipermudahkan bagi mengekalkan momentum, sekali gus memudahkan pemain menyerang musuh dari arah sisi dan bergerak di ruang menegak.

Semasa pelancaran, mod multiplayer akan menampilkan 12 peta utama 6v6, di samping peta khas untuk Gunfight serta peta “Big War” berskala lebih besar yang direka untuk peperangan campuran infantri dan kenderaan.

Tarikan utama bagi mod multiplayer ialah Kill Block, sebuah peta fasiliti latihan yang dinamik. Peta ini dibina menggunakan bahagian modular yang akan berubah bentuk di antara pusingan, sekali gus mengubah laluan visi, tempat perlindungan dan laluan pergerakan secara masa nyata.

Dengan lebih daripada 500 kemungkinan susun atur, Kill Block direka untuk menyokong pelbagai mod, daripada combat sengit 3v3 sehinggalah perang berskala lebih besar 10v10.

Kemajuan dan Customization

Sistem ubah suai senjata Gunsmith yang popular kembali dengan beberapa penambahan untuk memudahkan proses membina senjata:

  • Alatan “Gunny”: Bagi pemain yang rasa terbeban dengan proses pelarasan senjata, alatan dalam game ini membantu pemain memasang senjata yang dioptimumkan secara serta-merta untuk combat jarak dekat, sederhana atau jauh berdasarkan attachment yang telah dibuka.
  • Apex Attachment: Menaik level senjata sehingga maksimum akan membuka modifikasi khas yang boleh mengubah cara senjata tersebut berfungsi secara drastik: seperti menukar mod tembakan, keupayaan stealth, atau peranan taktikalnya.
  • Dua Laluan Prestige: Pemain boleh memilih cara untuk meningkatkan level selepas mencapai pangkat maksimum. Classic Prestige menawarkan pengalaman tradisiona: iaitu menetapkan semula semua barangan yang dibuka dalam Create-a-Class sebagai ganti kepada kadar ganjaran XP lebih cepat serta ganjaran eksklusif. Sebaliknya, Regular Prestige membolehkan pemain terus meningkatkan tahap bermula dari Level 1 tanpa perlu menetapkan semula loadout mereka.

DMZ Kembali Semula

Mod gaya extraction iaitu DMZ kembali sebagai komponen utama dalam Modern Warfare 4. Pemain akan ditugaskan secara solo atau berkumpulan ke dalam zon larangan berisiko tinggi untuk merampas teknologi ketenteraan yang canggih.

Setiap sesi kemasukan akan membawakan situasi yang tidak menentu, termasuk perubahan cuaca, objektif yang dinamik, serta ancaman musuh.

Activision telah mengumumkan bahawa gameplay pertama dan butiran terperinci mengenai mod DMZ yang telah dikemas kini ini akan diadakan pada 7 Jun.

Ciri-Ciri Teknikal dan Platform

Dengan tidak lagi menyokong konsol generasi terdahulu, Infinity Ward telah mengoptimumkan Modern Warfare 4 untuk memanfaatkan sepenuhnya sistem current-gen dan PC berspesifikasi tinggi.

Bagi versi PC yang dibangunkan dengan kerjasama Beenox, game ini akan menyokong DLSS 4.5, kesan real-time ray tracing (termasuk ambient occlusion, bayang-bayang, dan pantulan cahaya) untuk semua mod, serta pilihan grafik yang sangat fleksibel bagi mengutamakan sama ada kualiti visual yang tinggi atau frame-rate yang tinggi untuk gameplay kompetitif.

Versi Nintendo Switch 2 pula dibangunkan secara khusus oleh Infinity Ward dengan kerjasama Digital Legends. Walaupun game ini akan dilancarkan di platform tersebut, butiran pre-order dan info spesifik mengenai gameplay untuk versi Switch 2 akan dikongsi pada penghujung tahun ini.

Edisi Pre-Order dan Bonus

Tempahan awal secara digital dibuka sekarang untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam, Battle.net, dan Microsoft Store):

Standard Edition

  • Satu salinan game asas.
  • Bonus tempahan awal: Akses awal ke fasa open beta akan datang, serta akses serta-merta untuk menggunakan “Hunter Killer” Operator Skin dalam kedua-dua game Call of Duty: Black Ops 7 dan Call of Duty: Warzone.

Vault Edition

  • Satu salinan game asas berserta semua bonus tempahan awal standard.
  • Hostile Alliance Operator Pack: Empat pilihan Operator Skin (Price, Valeria, Ghost, dan Blix).
  • Special Forces Operator Pack: Empat pilihan operator skin antarabangsa yang mewakili UK, Jerman, Perancis, dan Korea Selatan, lengkap dengan voice pack dalam bahasa tempatan masing-masing.
  • Signature Weapon Collection: Lima senjata Signature yang unik.
  • BlackCell (1 Musim): Termasuk Battle Pass, 20 Tier Skip, serta 1,100 COD Points (CP).
  • DMZ Deployment Bonus: Kandungan bonus dan barangan eksklusif tambahan untuk kegunaan mod DMZ.
Tags: Call of Duty: Modern Warfare 4
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Xiaomi 17T Pro – Jaguh Bateri 7000mAh & Zum 5x Yang Praktikal!

Next Post

Call of Duty: Warzone Tamatkan Sokongan Untuk PS4 & Xbox One, Hanya Fokus Pada Current-Gen

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Call of Duty: Warzone Tamatkan Sokongan Untuk PS4 & Xbox One, Hanya Fokus Pada Current-Gen

Call of Duty: Warzone Tamatkan Sokongan Untuk PS4 & Xbox One, Hanya Fokus Pada Current-Gen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd