Berikutan dengan acara Swipe Mobile Showcase yang dianjurkan oleh GameSpot, Naib Presiden Mobile bagi francais Call of Duty, Chris Plummer, telah mengumumkan Call of Duty: Warzone Mobile.
Sebelum ini, game ini dikenali sebagai Call of Duty: Project Aurora dan telah diumumkan pada bulan Mei 2022. Seperti dalam versi PC dan konsol, mereka masih mengekalkan genre yang sama iaitu Battle Royale. Apabila ia dikeluarkan di mobile, sudah pasti Activision telah menurunkan sedikit kualiti supaya ia boleh dimainkan di mana-mana peranti.
Buat masa sekarang, mereka hanya mengumumkan sahaja dan maklumat lanjut mengenainya akan diberitahu kemudian semasa acara Call of Duty Next pada 15 September 2022.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Call of Duty: Project Aurora adalah game mobile baharu yang merupakan game mobile kedua daripada Call of Duty. Ianya adalah game battle royale yang mempunyai gameplay yang pantas dan berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman baharu kepada pemain.
Pada bulan Jun yang lepas, mereka telah mengadakan ujian Alpha tertutup dan ia hanya tersedia kepada bilangan peserta melalui jemputan secara terus. Mungkin ujian Alpha tertutup berjalan dengan lancar, mereka tidak sabar untuk membuat pengumuman dan melancarkan game tersebut.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Call of Duty Warzone Mobile baru sahaja diumumkan dan tidak menerima sebarang maklumat lain mengenainya. Harapnya, apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post