Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Arcane Act 1 – Permulaan yang dramatik dan hebat!

Maira by Maira
November 8, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
[Review] Arcane Act 1 – Permulaan yang dramatik dan hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Arcane, animasi pertama untuk francais League of Legends yang dihasilkan oleh Riot Games dengan kerjasama Fortiche Productions. Pada hujung minggu lalu, Arcane telah ditayangkan secara perdana di Netflix dan rata-rata peminat sangat menyukai animasi ini. Kami juga ingin memberikan pendangan kami untuk Arcane Act 1. Bukan setakat itu sahaja, beberapa permainan Riot juga mengadakan acara kolaborasi Arcane iaitu RiotX Arcane. Tanpa membuang masa, ini merupakan review jujur dari kami untuk animasi ini.

Persembahan Arcane

Kalau kita tengok pada portfolio Riot, memang sudah jangka bahawa visual dan animasi Arcane mencapai jangkaan ramai peminat. Untuk 3 episod pertama ini, anda sudah pasti mengenali gaya lukisan League of Legends dengan perinciannya yang sangat hebat terutamanya dalam adegan dramatik dalam animasi itu.

Lakonan suara dalam Arcane sememangnya memberikan lebih kedalaman pada watak dan bunyi efek yang digunakan menambahkan penekanan dalam animasi ini. Saya juga terfikir jika lagu pop sebenarnya canon dalam dunia LoL sebab saya mengulang lagu pembukaan animasi ini berkali-kali.

Penceritaan

Perkara buruk telah berlaku suatu ketika dulu yang menyebabkan banyak perkara yang tidak menyenangkan seperti mayat yang bergelimpangan dan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu. Dengan pembukaan yang tidak disuarakan, anda hanya mampu proses perkara yang berlaku ketika itu.

RelatedPosts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

Arcane sememangnya animasi yang agak panjang tetapi ia sangat bagus untuk penceritaannya. Saya pasti pemain yang sudah biasa dengan permainan ini pasti memahami perkara yang terjadi dalam animasi tersebut. Kita akan melihat Uptown di Piltover berwarna biru, putih dan emas, dan kita akan mengikuti empat watak yang memecah masuk sebuah makmal.

Dalam cubaan untuk melarikan diri, kita akan mempelajari kuasa yang terdapat pada kristal biru yang cantik dan masakah yang timbul pada masa akan datang. Adik beradik bubblegum, Vi dan Powder bersama Mylo dan Claggor tidak dapat menikmati harta rampasan mereka kerana Powder telah mencampak barang tersebut ke dalam sungai apabila dia telah diperangkap. Mereka hampir kembali ke rumah mereka di Lanes.

Ternyata makmal yang dicerobohi mereka sebenarnya milik Jayce, seorang pengguna teknologi magis. Memandangkan dia sedang mengkaji cara untuk memanfaatkan kuasa magis, dia sekurang-kurangnya berjaya untuk tidak dibuang negeri tetapi mengalami kemurungan selepas itu. Politik yang berlaku di atas kelihatan kurang rumit daripada Lanes yang berada di bawahnya, dengan saintis gila Silco yang melakukan kerjanya sendiri di makmal kecilnya.

Kesimpulan

Itu sahaja review kami untuk Arcane Act 1 dan sudah pasti kita akan menunggu act seterusnya akan datang. Saya cuba untuk tidak memberikan lebih spoiler mengenai Arcane kerana tiga episod sangat pantas untuk anda menontonnya sendiri. Apa yang saya boleh katakan hanyalah, ia merupakan animasi yang menarik untuk ditonton. Jalan ceritanya juga cukup bagus untuk buat saya mengikutinya dan menunggu untuk babak yang akan datang. Korang yang belum tengok lagi Arcane, boleh pergi ke Netflix untuk mula menontonnya. Untuk membaca liputan lain mengenai Arcane, anda boleh klik pautan ini.

Tags: ArcaneArcane Act 1League of legendsnetflixreviewRiot Games
Previous Post

Call of Duty Vanguard bakal mendapat crossover Attack on Titan?

Next Post

Menurut kajian, Malaysia adalah negara ke-3 tertinggi yang mencari “Hentai” di Google

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Menurut kajian, Malaysia adalah negara ke-3 tertinggi yang mencari “Hentai” di Google

Menurut kajian, Malaysia adalah negara ke-3 tertinggi yang mencari "Hentai" di Google

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd