Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Bleach Thousand Year Blood War akan umumkan info baru pada bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 8, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Bleach Thousand Year Blood War akan umumkan info baru pada bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut akaun Twitter rasmi untuk francais anime Bleach, info baru tentang adaptasi arc Thousand Year Blood War akhirnya akan didedahkan pada bulan Disember ini di acara Jump Festa. Secara lebih khusus lagi, info ini akan diumumkan pada acara Jump Festa 2022 pada tarikh bertepatan 18 Disember jam 18:00 Japan Standard Time (anggaran 18 Disember pukul 17.00 di Malaysia). Anda boleh melihat pengumuman rasmi di bawah:

◤ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄◥
#ジャンプフェスタ 2022
スーパーステージEX
『BLEACH』配信決定!
◣__________◢

TVアニメ『BLEACH 千年血戦篇』の
新情報を解禁します。

✦配信日程:12月18日(土)18:00~

是非ご覧ください!#BLEACH_animehttps://t.co/hLhNjf0rBR

— 【公式】TVアニメ『BLEACH』 (@BLEACHanimation) November 8, 2021

Jump Festa 2022 akan berlangsung dari 18 Disember hingga 19 Disember, dan sebelum ini disahkan akan berlangsung dalam talian dan secara fizikal. Dianjurkan oleh Shueisha, acara ini akan menampilkan banyak siri manga dan majalah lain daripada syarikat tersebut bersama beberapa barangan edisi terhad yang dijual untuk masa yang terhad. Selain itu, siri Weekly Shonen Jump yang telah disahkan akan muncul Super Stage (nantikan pengumuman-pengumuman penting) adalah:

  • One Piece
  • Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba
  • Jujutsu Kaisen
  • My Hero Academia
  • Dr. STONE

Setakat ini, Bleach masih belum mengumumkan maklumat baru tentang  adaptasi anime Thousand Year Blood War sejak bulan Mac 2020, dan saya pun tidak tahu tarikh keluaran rasmi mahupun studio yang menguruskan animasi, tetapi mudah-mudahan kami akan belajar lebih lagi pada bulan Disember.

Anime finale Bleach Thousand Year Blood War tidak akan “disensor”

Baru-baru ini, saya juga mendapat info bahawa anime finale Bleach (kemungkinan besar) tidak akan “disensor”. Beberapa sumber menerima maklumat mengenai slot tayangan masa di Jepun, yang ternyata memang tengah malam. Bagi mereka yang kurang tahu, waktu tayangan pada tengah malam biasanya diberikan untuk anime dengan unsur “gory, brutal dan matang”. Untuk maklumat lanjut tentang berita itu, korang boleh baca di SINI.

Di samping itu, bab one-shot Bleach baru oleh pencipta, Tite Kubo, sepatutnya menjadi epilog kepada manga asli yang berakhir pada lima tahun yang lalu. Namun selepas membaca bab tersebut sehingga habis, ramai peminat terkejut untuk tahu bahawa one-shot Bleach mungkin akan menyediakan story arc baru untuk Ichigo dan rakan-rakan. Kami ada buat rumusan pendek di SINI.

Sumber: Twitter rasmi Bleach

Tags: animebleachJump Festa
Previous Post

Forza Horizon 5 maju dengan ciri penterjemahan bahasa isyarat!

Next Post

Call of Duty Vanguard bakal mendapat crossover Attack on Titan?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Call of Duty Vanguard bakal mendapat crossover Attack on Titan?

Call of Duty Vanguard bakal mendapat crossover Attack on Titan?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd