Hari ini, Activision dan Infinity Ward mengumumkan bahawa Call of Duty: Modern Warfare boleh dimainkan secara percuma buat tempoh masa terhad di PS4, Xbox One, dan PC! Tetapi bukan semua isi kandungannya kita boleh main. Mari kita lihat terma syarat promosi ini.
https://twitter.com/CallofDuty/status/1253368038914576385
Pertama sekali yang anda harus tahu ialah tawaran ini bukan untuk selama-lamanya. Ia percuma sehingga 27 April dan selepas tarikh itu, akan kembali ke harga biasa. Jika anda masih ingin memainkannya, anda perlu membeli game penuh Call of Duty: Modern Warfare. Diingatkan lagi sekali bahawa ini free trial, bukan free download. Tetapi kedua-dua battle.net dan PlayStation Store mempunyai diskaun. Adakah ini masanya?
Seterusnya, anda tidak mempunyai akses ke permainan penuh, tetapi hanya untuk multiplayer sahaja. Free trial ini hanya membuka lima peta untuk anda cuba. Untuk mereka yang ingin bermain semua peta atau mod multiplayer di Modern Warfare, pasukan pembangunan akan mengehadkan pilihan ini.
Akhir sekali, anda tidak dapat cuba Free Trial ini tanpa Call of Duty: Warzone, game battle royale free-to-play yang dikeluarkan pada awal tahun ini. Anda bukan sahaja perlu memuat turun Warzone, malah harus membuka game tersebut hanya untuk mengakses multiplayer percuma Modern Warfare.
Jika anda tidak mempunyai masalah untuk melakukan semua ini, marilah kita menikmati game multiplayer paling premium tahun ini. Call of Duty: Modern Warfare kini tersedia untuk PS4, Xbox One, dan PC.

@gamersantaimy
Discussion about this post