Salah satu permainan paling ikonik dengan pengalaman penceritaan blockbuster dalam sejarah permainan Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered secara rasmi hadir di Xbox One dan PC! Setelah hadir di platform PlayStation 4,1 April 2020 lalu dan kami sempat review nya.
Permainan ini dilengkapi peningkatan lengkap pengalaman pemain tunggal yang dikritik hebat yang merangkumi kempen penuh dengan visual definisi tinggi yang menakjubkan – sehingga 4K resolusi dan sokongan HDR pada konsol serta tambahan framerate yang tidak ditutup serta sokongan monitor ultrawide di PC melalui platform Battle.net Blizzard Entertainment.
Pemain yang membeli Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered juga akan menerima Bundle Underwater Demo Team Classic Ghost untuk Call of Duty: Modern Warfare termasuk skin UDT Ghost Operator yang diinspirasikan oleh kempen level ‘The Only Easy Day…Was Yesterday’ yang membawa percubaan penyelamatan tebusan yang penuh aksi dari pelantar minyak di arktik. Dibawa bersama skin Ghost Operator, pemain juga akan menerima dua blueprint senjata, weapon char, finishing move baru, voice quip, calling card beranimasi, emblem dan dua langkah tier Battle Pas untuk akses terus Call of Duty: Modern Warfare dan permainan mereka yang baru dikeluarkan Call of Duty: Warzone.
Untuk pelbagai kemaskini dan informasi Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered, jangan lupa untuk terus ke laman web rasmi Activision Call of Duty. Untuk diingatkan, Call of Duty: Modern Warfare/Call of Duty: Warzone adalah dijual berasingan dan perlu dimuat turun secara berasingan.

@gamersantaimy
Discussion about this post