Merupakan spin-off kepada Bleach, siri Burn The Witch memfokuskan kepada dua witch bernama Noel Niihashi dan Ninny Sprangcole, dan pernah ada anime pendek sendiri pada awal tahun 2020. Kini, kita dapat pengesahan bahawa Noel dan Ninny akan kembali dalam anime prekuel baharu untuk Burn The Witch.
Sempena itu, anda boleh menonton teaser pertama di bawah untuk gambaran umum:
Bertajuk Burn the Witch 0.8, projek anime ini sebenarnya berfungsi sebagai prekuel kepada filem anime yang bakal menceritakan semula setiap peristiwa yang berlaku dalam adaptasi manga one-shot oleh Tite Kubo yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Dalam one-shot ini, peminat diperkenalkan kepada Reverse London, sebuah negara yang wujudnya makhluk ajaib. Noel Niihashi dan Ninny Spangcole ialah dua witch yang bekerja untuk sebuah organisasi bernama Wing Bind. Tugas mereka adalah untuk menghapuskan ancaman naga. Rakan Noel Balgo akhirnya menjadi terlalu dekat dengan salah satu naga ini, dan ia membantu untuk mendedahkan lebih banyak dunia yang diceritakan dalam episod kemudian.

Tentang hal produksi, Tatsuro Kawano akan kembali daripada filem anime Burn the Witch (2020) untuk mengarahkan Burn the Witch #0.8 bersama pasukan animasi Yamahitsuji/Studio Colorido. Pelakon utama filem ini juga kembali untuk anime baharu dan terdiri daripada:
- Asami Tano sebagai Ninny Spangcole
- Yuina Yamada sebagai Noel Niihashi
- Shimba Tsuchiya sebagai Balgo Parks
- Hiroaki Hirata sebagai Chief
- Rie Hikisaka sebagai Osushi-chan
Tarikh keluaran tepat untuk anime ini masih belum diumumkan tetapi harap-harap ia akan dikeluarkan secepat mungkin.

Bagi mereka yang tidak tahu, Burn the Witch ialah siri manga Jepun yang dicipta oleh Tite Kubo. Ia pertama kali diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump Shueisha sebagai manga one-shot pada Julai 2018 tetapi ternyata ia sangat popular sehingga siri manga kembali dengan empat bab baharu pada 2020 serta diadaptasikan kepada filem anime.
Sinopsis
Menurut sejarah, 72% daripada semua kematian di London berkaitan dengan naga dan makhluk ajaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Walaupun tidak diketahui oleh semua, beberapa manusia telah melawan naga-naga ini.
Hanya penduduk Reverse London yang tinggal di dimensi “terbalik” sahaja dapat melihat naga tersebut. Walaupun begitu, hanya beberapa yang terpilih sahaja yang cukup layak sebagai “witch” atau “wizard” untuk berkonfrontasi dengannya.
Protagonis cerita adalah duo penyihir Noel Niihashi dan Ninny Spangcole. Mereka adalah ejen perlindungan untuk Wing Bind (WB), sebuah organisasi pemeliharaan dan pengurusan naga. Misi mereka adalah untuk melindungi dan menguruskan naga di London bagi menjaga keselamatan penduduk.

Untuk baca segala liputan kami tentang siri ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post