Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bukan lagi 2023, Anime Chained Soldier Akan Ditayangkan Pada Awal Januari 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Bukan lagi 2023, Anime Chained Soldier Akan Ditayangkan Pada Awal Januari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Akaun Twitter rasmi untuk anime Chained Soldier (Mato Seihei no Slave) mengumumkan bahawa siri ini akan ditayangkan secara rasmi pada 4 Januari, walaupun sepatutnya keluar pada tahun ini. Berita baik, Muse Asia akan menayangkan anime ini di Asia Tenggara.

/
先行上映会 1回目終了⛓️
\#広瀬裕也 さんと #鬼頭明里 さんの
登壇でお届けしました🍑

TVアニメ『#魔都精兵のスレイブ』
2024年1月4日(木)より放送開始📺

AT-X 毎週木曜23時00分〜
TOKYO MX 毎週木曜24時00分〜
BS朝日 毎週日曜 25時30分〜
MBS 毎週火曜27時30分〜#まとスレ pic.twitter.com/kXtsLtjLIF

— 魔都精兵のスレイブ【公式】 (@mabotai_kohobu) November 26, 2023

Walaupun tiada visual diberi, tetapi mereka telah mendedahkan poster rasmi yang anda boleh lihat di bawah:

Kredit: Seven Arcs

Berkenaan produksi, anime ini asalnya diumumkan pada November 2021, dan akan diadaptasikan oleh Seven Arcs. Siri ini diarahkan oleh Gorō Kuji, dengan Junji Nishimura berkhidmat sebagai pengarah umum, Yasuhiro Nakanishi mengendalikan komposisi siri, Ryota Kanō dan Akira Kindaichi menulis skrip, Hiroyuki Yoshii untuk reka bentuk watak, dan Kohta Yamamoto mengarang muzik.

Lagu opening akan dipersembahkan oleh Akari Kitō, manakala lagu ending akan dipersembahkan oleh Maaya Uchida.

Bagi mereka yang tidak tahu, Chained Soldier (atau lebih dikenali sebagai Mato Seihei no Slave) ialah sebuah siri manga Jepun yang ditulis oleh Takahiro dan diilustrasikan oleh Yohei Takemura. Ia disiarkan pada platform online Shonen Jump+ terbitan Shueisha sejak Januari 2019.

Kredit: Seven Arcs

Sinopsis:

Pintu ke dimensi lain yang dipanggil Mato mula muncul di seluruh Jepun, di mana raksasa yang dikenali sebagai Shuuki mula menyerang penduduk Bumi. Di dalam portal ini terdapat pokok pic istimewa yang mampu memberi kuasa istimewa, tetapi hanya kepada wanita.

Pada suatu hari, Yuuki Wakura, seorang graduan sekolah menengah, tersandung di dalam pintu pagar dan bertemu dengan Kyouka Uzen, komander skuad ke-7 Anti-Demon Corp. Kyouka mempunyai kuasa untuk ‘memperhambakan’ Shuuki dan melancarkan diri ke dalam pertarungan. Selepas dikepung oleh Shuuki yang semakin ramai, dia bertanya kepada Yuuki sama ada dia boleh memperhambakannya.

Yuuki bersetuju dan bertukar menjadi ‘hamba’ wanita itu, dan mereka mengalahkan semua Shuuki. Walau bagaimanapun, sebagai pertukaran untuk memperhambakan Yuuki, Kyouka mesti memberinya ganjaran yang setimpal, selalunya bersifat nakal. Yuuki memutuskan untuk menyertai skuad Kyouka sebagai penjaga dan menyokong impiannya untuk menjadi Supreme Commander, sambil melawan Shuuki dan menemui misteri di sebalik Mato.


Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!


Tags: animeChained Soldier
ShareTweetSend
Previous Post

TsubuCon: School Girl vs Ultraman, Anime Darkness Heels, Ultraman Blazar the Movie, & Banyak Lagi

Next Post

Sembang Attack on Titan, Jujutsu Kaisen & Projek Anime Baharu — Sorotan Panel MAPPA di AFA 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Sembang Attack on Titan, Jujutsu Kaisen & Projek Anime Baharu — Sorotan Panel MAPPA di AFA 2023!

Sembang Attack on Titan, Jujutsu Kaisen & Projek Anime Baharu -- Sorotan Panel MAPPA di AFA 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd