Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TsubuCon: School Girl vs Ultraman, Anime Darkness Heels, Ultraman Blazar the Movie, & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Senarai, Tokusatsu
0 0
0
TsubuCon: School Girl vs Ultraman, Anime Darkness Heels, Ultraman Blazar the Movie, & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Tsuburaya Convention, atau singkatannya TsubuCon adalah festival ultra terbesar yang dianjurkan oleh Tsuburaya Productions, bermula pada 25 November di Tokyo Dome City. 2023 menandakan kali pertama dalam 4 tahun TsubuCon diadakan secara fizikal, jadi untuk meraikan ulang tahun ke-60 Tsuburaya Productions, pelbagai projek baharu telah diumumkan termasuk School Girl vs Ultraman, Anime Darkness Heels, Ultraman Blazar the Movie & banyak lagi.

Disebabkan ada banyak pengumuman, di bawah adalah rumusan pendek untuk setiap projek baharu:

The Origin of Ultraman (Tajuk Tentatif)

Kredit: Tsuburaya Productions

Pada tahun 2024, sebuah projek baharu akan mengorak langkah dengan menampilkan asal usul siri Ultraman pada thun 1966. Merupakan sebuah filem dokumentari, ia fokus pada tema “Inspiring FANTASY, IMAGINATION, CREATION”. Buat masa ini, tidak banyak info yang didedahkan tetapi dokumentari ini melibatkan Guillermo del Toro, yang terkenal dengan karya seperti Pacific Rim dan The Shape of Water.

Ultraman 4K Discovery (Tajuk Tentatif)

https://www.youtube.com/watch?v=3H-pyeetCBk&ab_channel=%E3%82%A6%E3%83%AB%E3%83%88%E3%83%A9%E3%83%9E%E3%83%B3%E5%85%AC%E5%BC%8FULTRAMANOFFICIALbyTSUBURAYAPROD.

Walaupun lebih setengah abad, siri televisyen tokusatsu ikonik Ultraman masih digemari oleh ramai peminat di seluruh dunia. Untuk menunjukkan daya tarikannya, projek bernama Ultraman 4K Discovery dihasilkan, untuk meneliti siri ini daripada empat perspektif: Kisah Kehidupan, Kisah Percintaan, Kisah Persahabatan dan Kisah Keadilan.

School Girl vs. Ultraman

Kredit: Tsuburaya Productions

Tsuburaya mengumumkan projek School Girl vs. Ultraman (Joshi Kōsei vs. Ultraman) dan menggambarkan projek itu sebagai “drama manusia yang serba baharu dengan protagonis wanita, berdasarkan latar belakang New Generation Ultraman” (daripada Ultraman Ginga hingga Ultraman Blazar). School Girl vs. Ultraman, yang juga mempunyai sub-tajuk “Hollyhock”, sudah pun memasuki produksi sepenuhnya.

Marvel Comics Ultraman

Kredit: Tsuburaya Productions

Melalui kolaborasi dengan Marvel Comics di Amerika Syarikat, kisah Ultraman akan diadaptasikan dalam bentuk komik. Tiga siri, “The Rise of Ultraman,” “The Trials of Ultraman,” dan “The Mystery of Ultraseven”, telah pun diterbitkan, dan pengumuman dibuat pada acara mengenasi masa depan siri ini. Walaupun tiada pengesahkan, beberapa karya baharu akan diterbitkan pada tahun 2024.

Ultraman Blazar the Movie: Tokyo Kaiju Showdown

Ultraman Blazar turut membuat penampilan di atas pentas TsubuCon dengan pengumumkan filem Ultraman Blazar the Movie: Tokyo Kaiju Showdown. Filem ini akan ditayangkan pada 23 Februari 2024.

Sinopsis: Segerombolan kaiju muncul dari zon perindustrian, yang mendorong Capitan Gento dan Special Kaiju Reaction Detachment (SKaRD) untuk bertarung tanpa henti. Namun di sebalik usaha mereka, serangan kaiju tidak berkesudahan. Mengesyaki penglibatan Necromass Co., SKaRD bergegas ke syarikat dan bertemu ahli kimia terkenal, Dr. Mabuse.

Pada masa yang sama, Alien Damuno, yang mendakwa diri sebagai “raja alam semesta” muncul! Huru-hara berlaku apabila raksasa gergasi Gongilgan bangkit. Berlangsung di Tokyo, ibu negara Jepun, Ultraman Blazar dan SKaRD bertembung dalam pertembungan menentang kaiju gergasi!

Kaiju Haven Project

Kredit: Tsuburaya Productions

Kaiju Haven merupakan projek novel drama besar di mana Kaiju menjadi protagonis. Penulisan cerita secara kolaboratif dilakukan oleh Yoichi Komori dan ditetapkan untuk keluarpada 2024. Projek ini mempunyai “Fasa 1” dan terdapat sehingga 9 episod yang dirancang.

Darkness Heels Animation Project

Kredit: Tsuburaya Productions

Siri Darkness Heels akan menghasilkan animasi pada masa akan datang. Projek Darkness Heels memfokuskan pada wira-wira “jahat” daripada francais Ultraman seperti Ultraman Belial, Dark Zagi, Evil Tiga, Camearra dan Jugglus Juggler. Selain animasi, projek ini telah pun melahirkan acara, produksi pentas dan manga sebelum ini.

Ultraseven IF Story:The Future 55 Years Ago

Tayangan perdana untuk Ultraseven IF Story “The Future 55 Years Ago”, sebuah filem konsep berdurasi 7 minit yang dibuat untuk meraikan ulang tahun ke-55 siri TV Ultraseven.

Watak utama Ultraseven 1967, Dan Moroboshi (Koji Moritsugu) dan Anne Yuri (Yuriko Hishimi) akan muncul dengan merentasi masa dan ruang menggunakan teknologi digital terkini, ‘Virtual Human.’ Selain itu, Koji Moritsugu akan kembali sebagai Jiro Satsuma sama seperti dalam karya asal.


Untuk membaca liputan lain mengenai Ultraman daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TsubuConUltraman
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen 243: Kenjaku Berjaya Dikalahkan? Yuta Hadir Bersama Kejutan! [SPOILER]

Next Post

Bukan lagi 2023, Anime Chained Soldier Akan Ditayangkan Pada Awal Januari 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Bukan lagi 2023, Anime Chained Soldier Akan Ditayangkan Pada Awal Januari 2024

Bukan lagi 2023, Anime Chained Soldier Akan Ditayangkan Pada Awal Januari 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd