Semalam telah bermulanya acara kolaborasi terbaru dalam game Goddess of Victory: NIKKE dengan siri manga popular, Chainsaw Man. Tetapi ramai pemain tidak puas hati dengan watak Makima yang muncul dalam NIKKE. Jom kami ceritakan sebabnya.
[UPDATE]
Nampaknya pembangun NIKKE mendengar keluhan pemain semua. Dalam update akan datang, model Makima akan mendapat mod “buang kot”. Jadi bergembiralah main dengan Makima itu nanti.
[Petikan asal artikel]
Sejak pengumuman kolaborasi antara game NIKKE dan Chainsaw Man, ramai pemain teruja kerana watak kegemaran ramai, Makima akan tersedia untuk dimainkan. Jika dilihat pada model in-gamenya, rasanya anda semua mungkin tahu mengapa ramai yang begitu teruja untuk membawa Makima dalam medan perang.
Tetapi apabila preview model Makima dilepaskan, semua pemain tidak berpuas hati dengan kot panjang yang dipakai watak itu. Kalau anda ingin tahu, game ini terkenal dengan “fanservice”nya. Tetapi kot panjang Makima membuatkan “aset” penting watak itu tertutup.
Ini yang membuatkan ramai pemain kecewa dan tidak berpuas hati. Siap ada yang meminta supaya pembangun membuang kot tersebut daripada model Makima. Anda boleh lihat sendiri model Makima melalui tweet di bawah.
Selain daripada Makima, watak lain daripada Chainsaw Man seperti Power dan Himeno turut tersedia untuk dimainkan. Protagonis kita, Denji dan Aki pula hadir untuk memberikan tunjuk ajar kepada pemain sepanjang acara berlangsung.
Kepada anda yang ingin main acara kolaborasi ini, ia berlangsung bermula 22 Februari sehingga 14 Mac 2023. Jadi mula main sekarang untuk dapatkan ganjaran menarik acara! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post