Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bright Memory: Infinite Akan Hadir Di Mobile Pada 17 Januari

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 2, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Bright Memory: Infinite Akan Hadir Di Mobile Pada 17 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

FYQD-Studio telah mengumumkan bahawa game aksi first-person “Bright Memory: Infinite” akan tersedia di peranti mobile melalui iOS dan Android mulai 17 Januari 2025, pada harga tertentu.

Ini menandakan debut game tersebut di platform mobile, yang direka untuk mencapai lebih ramai pemain di seluruh dunia.

📳Bright Memory: Infinite Mobile will be available on AppStore and GooglePlay on January 17th.
⌨️Game is ported from the PC version, supports XBOX controllers, Virtual button customization, Gyroscope Aiming, and a maximum of 120 FPS on Android devices.https://t.co/wXNPzqdtWF pic.twitter.com/POtNNaT3Ad

— FYQD (@FYQD_Studio) January 1, 2025

Pada asalnya dilancarkan untuk PC melalui Steam pada 2021, Bright Memory: Infinite kemudian hadir di PlayStation 5, Xbox Series, dan Nintendo Switch pada 2022. Versi iOS dan Android adalah port yang setia kepada PC, menawarkan pelbagai ciri menarik. Pemain boleh menikmati:

  • Sokongan Xbox Controller untuk pengalaman bermain yang lebih baik.
  • Butang Maya yang Boleh Dilaras untuk susunan kawalan yang disesuaikan.
  • Pembidikan Gyroscope untuk ketepatan sasaran.
  • Output 120 FPS (khusus Android) untuk gameplay yang lancar dan responsif.

Gameplay Penuh Aksi

Berlatar belakang tahun 2036, Bright Memory: Infinite berpusat di sebuah metropolis futuristik yang luas. Kejadian cakerawala misteri mendedahkan rahsia purba yang menghubungkan dua dunia, mencetuskan siasatan oleh Shelia, seorang ejen elit dari Supernatural Science Research Organization (SRO).

Kredit: FYQD-Studio

Pemain akan mengambil peranan sebagai Shelia, merungkai misteri sambil menghadapi musuh supernatural dan meneroka persekitaran yang kaya dengan gabungan teknologi futuristik dan artifak kuno.

Kredit: FYQD-Studio

Game ini menawarkan gabungan first-person shooting (FPS) dan pertempuran aksi, menekankan kemahiran dan kreativiti dalam pertempuran. Ciri utama termasuk:

  • Serangan Kombo: Gabungkan senjata api dan pedang untuk gerakan bergaya yang boleh disusun secara kombo.
  • Abiliti Khas: Gunakan psikokinesis untuk memanipulasi musuh atau melancarkan letupan tenaga yang dahsyat.
  • Ciri Tempur Canggih: Lakukan pantulan peluru, pertempuran udara, dan nikmati aksi pantas.
  • Weapon Customization: Ubah suai senjata api dengan jenis peluru unik seperti bom api dan peluru berpandu penjejak.

Untuk maklumat terkini tentang Bright Memory: Infinite Mobile, anda boleh ikuti media sosial rasmi FYQD-Studio.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bright Memory: InfiniteMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Wuthering Waves Kini Tersedia di PS5 Bersama Update Versi 2.0!

Next Post

Reviu Attack on Titan: The Last Attack – Pengakhiran Sinematik Kepada Rumbling!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Reviu Attack on Titan: The Last Attack – Pengakhiran Sinematik Kepada Rumbling!

Reviu Attack on Titan: The Last Attack - Pengakhiran Sinematik Kepada Rumbling!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd