Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Seorang lagi watak penting akan “mati” dalam bab manga terbaru *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto: Seorang lagi watak penting akan “mati” dalam bab manga terbaru *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sudah berusia lebih 20 tahun, francais Naruto ternyata masih popular di kalangan peminat sehingga hari ini. Meneruskan kisah sekuel Boruto: Naruto Next Generations, versi manga nampaknya sedang membuat beberapa perubahan besar kepada jalan cerita sehingga menjadi trending di Twitter. Mengapa trending? Ada berita mengatakan bahawa seorang watak penting akan mati dalam bab terbaru manga Boruto.

Sudah tentu, maklumat ini pun datang daripada spoiler dan saya tahu ramai tidak suka. Benci macam mana pun, memang tidak boeh dinafikan bahawa spoiler akan berlaku setiap masa. Untuk kes kali ini, manga Boruto: Naruto Next Generations bab #66 telah dibocorkan beberapa hari sebelum ia dikeluarkan di seluruh dunia.

DI SINI SAYA AKAN BERI AMARAN! TERDAPAT SPOILER DI BAWAH UNTUK BORUTO BAB #66!

Bagi mereka yang kurang tahu, tubuh Boruto telah dirasuk oleh Momoshiki dan ingin membunuh Naruto. Demi menghentikan rancangan jahatnya, Kawaki berjaya mengaktifkan semula sumpahan Karma dan menjalani perubahan kuasa baru. Itu sinopsis untuk bab sebelum. Sekarang kita pergi ke bahagian spoiler.

Tanpa mendedahkan terlalu banyak info tentang “bagaimana ia terjadi”, keadaan nampaknya tidak berjalan lancar untuk Borushiki (Boruto + Momoshiki) dan Kawaki berjaya membunuh Boruto demi menyelamatkan Naruto. Buat masa ini, saya tidak tahu secara khusus apa yang akan berlaku kepada wira kita tetapi Naruto melihat apa yang berlaku dan sudah tentu akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan kematian anaknya.

DID THEY JUST MARK BORUTO DECEASED??? 😭 #BorutoCh66spoilers #BORUTO pic.twitter.com/MQQJSx2OXD

— BLIP ♢ (@SodaString) January 17, 2022

Malangnya, bab tersebut berakhir di sini tetapi seseorang di Twitter memuat naik gambar tentang bio Boruto di Wiki yang menyenaraikan status dia sebagai mati (untuk versi manga). Sudah tentu, sesiapa yang membaca spoiler ini di Twitter sudah tahu apa yang terjadi tetapi untuk maklumat sepenuhnya, lebih baik kita menunggu ia keluar secara rasmi pada hari Khamis, 20 Januari untuk mengetahui perkara sebenar.

Sumber – BorutoCh66spoilers (JANGAN TEKAN)

Tags: Borutomangamati
Previous Post

Pemain Genshin Impact membuat formula matematik daripada attack damage, element dan banyak lagi!

Next Post

Siri live action Judgment dalam pembikinan, Takuya Kimura jadi bintang utama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Siri live action Judgment dalam pembikinan, Takuya Kimura jadi bintang utama

Siri live action Judgment dalam pembikinan, Takuya Kimura jadi bintang utama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd