Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Rahsia di sebalik kekuatan KARMA telah didedahkan!

Maira by Maira
October 21, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto: Rahsia di sebalik kekuatan KARMA telah didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita semua tahu pelbagai cabaran telah dilalui oleh Uzumaki Boruto kerana sumpahan Karma yang sangat berbahaya yang juga boleh membahayakan dirinya. Dalam bab terbaru Boruto: Naruto Next Generations telah mendedahkan rahsia disebalik kekuatan sebenar sumpahan Karma ini.

Dalam Kara Arc kita telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai sumpahan Karma dan bagaimana data Otsutsuki dimasukkan ke dalam badan seseorang untuk mereka dihidupkan kembali. Tetapi selepas kematian Isshiki Otsutsuki dan pengkahiran Kara Arc, Amado telah menyatakan bahawa Karma merupakan senjata yang kuat walaupun ia tidak berhubung dengan Otsutsuki.

AMARAN! Berikut mengandungi spoiler untuk Boruto: Naruto Next Generations bab #63!

Dalam bab terbaru, Kawaki dan Boruto berhadapan dengan Code, pengikut Isshiki yang setia. Kekuatan Code yang cukup kuat itu membuatkannya menjadi ancaman yang berbahaya kepada mereka berdua. Walaupun begitu, Kawaki telah lama berniat untuk menyerah diri daripada berlawan dengan Code.

Kawaki tahu bahawa Code sedang bekerja untuk orang lain. Dia fikir bahawa orang itu sebenarnya mahu berjumpa dengannya dan dia bersedia untuk berjumpa orang itu. Sebab itu lah dia sanggup menghilangkan Chakranya supaya tidak mudah dijejaki oleh ninja Konoha yang lain dan juga Naruto dengan alasan untuk melindunginya. Tetapi Boruto berjaya mengesan Kawaki dan tidak mahu membiarkan Kawaki menyerah kepada musuh begitu sahaja. Ketika ini, Kawaki dan Boruto diperhatikan oleh Eida, yang merupakan orang disebalik kegiatan Code. Dia juga merupakan salah satu cyborg yang telah dihasilkan oleh Kara dan mempunyai perasaan terhadap Kawaki.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Selepas itu, Boruto mula berlawan dengan Code dan nampak seperti usaha itu agak sia-sia kerana Code lebih mahir menggunakan Karmanya. Semasa pertarungan itu, Code telah memberitahu bahawa Boruto hanya seorang amatur apabila menggunakan Karma. Boruto terkejut apabila mendapati Code mempunyai Karma berwarna putih berbeza dari Karma miliknya dan Kawaki. Di sini lah Code memberitahu mereka mengenai potensi sebenar Karma dan bagaimana ia mampu membuatkan penggunanya lebih kuat.

Karma sebenarnya kemampuan berlawan Otsutsuki yang terkumpul selama beribu tahun dan telah diserap ke dalam badan dan minda mereka. Sebab itulah apabila Karma diaktifkan, penggunanya akan menjadi lebih kuat. Senang cerita, dengan penggunaan Karma yang betul, mereka boleh menjadi seorang pahlawan yang berpengalaman. Selepas itu, Boruto bangkit sebelum dipijak oleh Code dan nampak seperti Boruto telah mengaktifkan Karma yang lebih kuat.

Pendedahan terbaru Karma ini sememangnya memberi impak yang besar dalam dunia Boruto dan membuatkan kita tidak sabar untuk melihat bagaimana Boruto akan mengawal Karmanya. Apa pendapat anda tentang bab terbaru Boruto ini? Boleh kongsikan pendapat korang di ruang komen! Untuk membaca liputan lain mengenai Boruto, sila klik pautan ini.

Tags: BorutoBoruto: Naruto Next GenerationscodeEidaKarma
Previous Post

Pokemon Unite menambah skin bernilai lebih RM160, harga umpama beli game baru!

Next Post

Razer melancarkan mikrofon Seiren V2 Pro & Seiren V2 X untuk para streamer yang baru bermula!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Razer melancarkan mikrofon Seiren V2 Pro & Seiren V2 X untuk para streamer yang baru bermula!

Razer melancarkan mikrofon Seiren V2 Pro & Seiren V2 X untuk para streamer yang baru bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd