Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto bab #56: Antagonis terbaru Code lebih bahaya & kuat dari mana-mana Ōtsutsuki!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto bab #56: Antagonis terbaru Code lebih bahaya & kuat dari mana-mana Ōtsutsuki!
Share on FacebookShare on Twitter

Organisasi Kara memang diselubungi misteri, dan ia tidak mengejutkan apabila sebuah lagi rahsia baru terbongkar selepas kematian Isshiki Ōtsutsuki. Dalam manga Boruto bab #56,  antagonis terbaru Code ternyata lebih bahaya & kuat dari mana-mana ahli Ōtsutsuki – dan bersamanya adalah barisan askar cyborg!

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 56: While Boruto and Kawaki deal with the aftermath of the battle, Code begins to make his move! Read it FREE from the official source! https://t.co/I7WZi1e4Ch pic.twitter.com/puEe1QyEZG

— Shonen Jump (@shonenjump) March 18, 2021

AMARAN! Di bawa adalah spoiler untuk manga Boruto: Naruto Next Generations bab #56!

Code sedang mencari orang untuk bantu membalas dendam pada Konoha demi kematian Isshiki. Code menghormati Isshiki seperti tuhan dan menyalahkan Kawaki, Boruto, Naruto, Sasuke dan Amado atas kematian Isshiki. Ini menyebabkan Code menyerang markas Boro di pergunungan bersalji. Di sana, Code memerintahkan si penjaga makmal, Bug, untuk membawanya ke unit simpanan di mana sebuah cyborg misteri telah disimpan.

Rupa-rupanya, Amado membina cyborg ini supaya lebih kuat daripada Isshiki, tetapi kerana takut cyborg ini boleh berpaling tadah dan membunuhnya, Isshiki meminta supaya cyborg tersebut dimusnahkan. Malangnya, Code tahu yang Bug secara diam-diam menyembunyikannya cyborg ini untuk sebarang kes kecemasan.

Selepas kematian semua ahli Kara, Code sebagai ahli terakhir, memutuskan untuk mengaktifkan cyborg yang “mengetahui segala-galanya di dunia” – Eida. Kami belum kenal identiti sebenar cyborg ini tetapi Eida mungkin adalah cyborg dan pembunuh terkuat pernah tercipta.

Dalam manga bab #55, Isshiki (sebelum mati) secara mental memprojeksikan dirinya kepada Code yang berehat di dimensi rahsia bersama bijuu ekor sepuluh. Di sini, kita diperkenalkan kepada Code buat kali pertama yang mempunyai tanda Karma putih di tangannya, tidak seperti Karma hitam yang dimiliki Boruto dan Kawaki. Kembali kepada bab terkini, rupanya Code adalah prototaip gagal dan ini merupakan antara sebab besar kenapa dia cemburu pada Kawaki.

Selepas menerima Karma putih, ternyata abiliti pertempuran Code lebih kuat dari Isshiki. Walaupun Isshiki selalu membuang individu yang lebih kuat untuk mengelakkan kedudukannya sebagai ketua diambil alih, Code dikecualikan kerana sangat setia, lantas membuatkan Amado terpaksa memasang “limiter” di dalam tubuh Code yang hanya dia sahaja boleh kawal.

Memang banyak perkara besar yang berlaku dalam bab ini kerana kita tahu bahawa Code dan tentera cyborg-nya, lebih kuat dari Isshiki. Ini pasti membuat ramai peminat risau. Lagipun, Sasuke sudah kehilangan Rinnegan manakala Naruto tidak lagi memiliki Kurama. Jadi Konoha sekarang dalam posisi yang sangat lemah, dan ini adalah masa yang paling tepat untuk Code dan askar-askarnya menyerang.

Apa pendapat anda tentang Boruto bab #56? Adakah Boruto dan Kawaki boleh mengalahkan Code? Jom kongsi pendapat di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang francais Boruto, sila tekan pautan ini.

Tags: BorutocodeEidaIsshikimanganarutosasuke
Previous Post

PUBG Season 11 bermula dan peta Paramo nampaknya kembali!

Next Post

Dari Mobile kini ke PC, Super Mecha Champions kini tiba di STEAM!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Dari Mobile kini ke PC, Super Mecha Champions kini tiba di STEAM!

Dari Mobile kini ke PC, Super Mecha Champions kini tiba di STEAM!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd